Brazil Tuntut Keadilan, Ancam Saman Indonesia Ekoran Kematian Juliana Marins Di Gunung Rinjani

Dunia

Brazil Tuntut Keadilan, Ancam Saman Indonesia Ekoran Kematian Juliana Marins Di Gunung Rinjani

Pejabat Pembela Umum Persekutuan (DPU) Brazil telah memberi bayangan untuk mengambil tindakan undang-undang di peringkat antarabangsa susulan kematian tragis Juliana Marins. Mangsa dilaporkan meninggal dunia sewaktu mendaki Gunung Rinjani di Lombok, Nusa Tenggara Barat pada akhir bulan lalu.

Mungkin berlaku kecuaian

Memetik laporan CNN Indonesia, pada Isnin, 30 Jun, DPU Brazil telah secara rasmi memohon kepada Polis Persekutuan Brazil (PF) untuk menjalankan siasatan lanjut terhadap kemungkinan berlaku kecuaian oleh pihak berkuasa Indonesia dalam mengendalikan insiden yang meragut nyawa Juliana.

Advertisement

Juliana Marins pendaki maut Gunung Rinjani

DPU Brazil memberi tumpuan kepada laporan dan siasatan mendalam berhubung ketidaksesuaian prosedur oleh pihak berkuasa Indonesia dalam menangani kematian Juliana dan berpendapat bahawa jika terbukti wujud unsur kecuaian, Brazil tidak akan teragak-agak untuk membawa kes ini ke peringkat undang-undang antarabangsa.

Sekiranya terdapat bukti yang mencukupi, Brazil merancang untuk membawa kes ini ke Suruhanjaya Antara-Amerika bagi Hak Asasi Manusia (IACHR), sebuah badan di bawah Pertubuhan Negara-Negara Amerika (OAS) yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat.

Walaupun IACHR tidak mempunyai kuasa undang-undang seperti mahkamah, namun cadangan yang dikeluarkan oleh suruhanjaya ini membawa pengaruh politik dan moral yang besar. Suruhanjaya ini boleh mengesyorkan agar sesebuah negara melakukan perubahan dasar atau memberi pampasan kepada mangsa pelanggaran hak asasi manusia.

Kami sedang menunggu laporan yang disediakan oleh pihak berkuasa Indonesia. Selepas laporan itu diterima, kami akan menentukan langkah undang-undang seterusnya. – kata Taisa Bittencourt, Pembela Hak Asasi Manusia Wilayah dari DPU dalam kenyataannya.

Keluarga kecewa hasil bedah siasat pertama didedahkan

Sebaik jenazah Juliana Marins tiba di Brazil, keluarganya meminta bedah siasat kedua untuk memastikan punca kematian. Kerajaan Brazil meluluskan permintaan itu dan pemeriksaan dilakukan pada hari yang sama di Rio de Janeiro, bagi menyiasat kemungkinan Juliana tidak menerima bantuan mencukupi selepas kemalangan.

pendaki gunung rinjani juliana marins

Bedah siasat pertama yang dilakukan di Denpasar, Bali menyatakan bahawa Juliana meninggal dunia akibat trauma serius, termasuk patah tulang dan kecederaan dalaman dan diketahui bahawa dia sempat hidup kira-kira 20 minit selepas insiden berlaku.

Namun, keluarga Juliana melahirkan rasa kecewa dengan cara keputusan bedah siasat diumumkan secara terbuka melalui sidang media sebelum mereka menerima maklumat rasmi.

Sebelum ini, media melaporkan terdapat seorang pendaki wanita dari Brazil maut selepas terjatuh ke dalam gaung sedalam 600 meter ketika mendaki Gunung Rinjani di Pulau Lombok, Indonesia.

pendaki gunung rinjani juliana marins

Menurut media tempatan, mangsa berusia 26 tahun,  Juliana Marins, terjatuh ke dalam gaung itu pada Sabtu lalu namun usaha mengeluarkannya mengambil masa lama disebabkan cuaca buruk dan lokasi yang sukar dicapai.

Juliana Marins pendaki jatuh Gunung Rinjani
1 week ago

Tular Rakaman Detik-Detik Akhir Juliana Marins, Pendaki Jatuh Di Gunung Rinjani Sebelum Meninggal Dunia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...