June 10th, 2013

Selasa lalu, Abang Nara telah menghadiri majlis pelancaran BRAND’S® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu di Grand Millenium Hotel, Kuala Lumpur.
camu camu Abang Nara teruja dibuatnya apabila melihat majlis yang dipenuhi warna ungu. Memang terasa kemeriahannya. Abang Nara pun turut sama bergaya dengan tali leher ungu. Cute tak?
camu camuKira-kira jam 6 petang, majlis dimulakan dengan persembahan daripada Altimet dan Adeep yang membawakan lagu Chantek. Memang sesuai sangat lagu ini dengan produk BRAND’S® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu.
camu camuKetika Altimet dan Adeep sedang asyik menyanyi, tiba-tiba muncul seorang gadis dengan pakaian serba ungu daripada belakang tabir. Rupa-rupanya si gadis ialah Izara Aishah yang telah pun dilantik menjadi duta produk BRAND’S® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu.
camu camuMemang pemilihan Izara Aishah adalah satu keputusan yang tepat. Izara mendedahkan yang dia telah mengamalkan pengambilan BRAND’S® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu untuk mengekalkan kecantikan, kesegaran dan keserian wajahnya selama ini.
camu camuUntuk makluman, BRAND’S® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu adalah satu formulasi baharu daripada BRAND’S® InnerShine. Camu Camu ialah sejenis superfruit yang hanya boleh didapati di hutan Amazon dan dikatakan mengandungi kandungan Vitamin C yang tertinggi di dunia. Hebat kan?
camu camuMemang Abang Nara lihat wajah Izara Aishah semakin “radiant” berbanding kali terakhir berjumpa dengannya tahun lalu. Memang hebat kesan BRAND’S® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu ini. Abang Nara juga tertarik dengan iklan TV yang dipertontonkan kepada para tetamu buat pertama kalinya di majlis tersebut.

Para tetamu juga diberikan peluang untuk merasai sendiri BRAND’S® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu. Secara jujur, memang rasanya sangat enak. Habis 4 botol Abang Nara telan. Siap ambil lebih untuk dibawa balik kepada wife tercinta. Sedap gila kot!!
camu camuAbang Nara nak beli banyak-banyak BRAND’S® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu untuk dibuat stok dalam peti sejuk di rumah. Mana tahu kulit Abang Nara nanti akan secantik dan se”radiant” Izara Aishah. Korang pun cubalah. Takkan taknak kulit cantik berseri kan?


Comments are closed.

Loading...