Rakyat tidak patut rasa mereka boleh dapat wang tanpa perlu bekerja
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan kenyataan yang rakyat sepatutnya perlu bekerja untuk mendapatkan wang memandangkan mereka telah dimanjakan oleh kerajaan terdahulu.

Sumber: Awani
Sehubungan dengan kenyataan itu, bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dikurangkan sedikit demi sedikit sebelum dihapuskan dalam masa terdekat.

Sumber: Utusan
“Sekarang kita tidak boleh berikan mereka wang kerana kita tidak mencuri wang, tetapi mereka masih mahu wang (BR1M)”
Peruntukan bajet 2019 juga lebih kecil kerana keadaan ekonomi negara yang tidak memberangsangkan dan jika kerajaan hanya berterusan menyuap rakyat maka mereka akan menjadi lemah.
“Kita akan kurangkan sedikit demi sedikit apa yang kita berikan kepada mereka dan jelaskan apa objektif kita (kerajaan).”
Sementara itu, bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berasa kesal dengan pengumuman yang dibuat oleh Tun Mahathir itu.

Sumber: Malaysia Kini
Bekas perdana menteri itu berkata, Tun Mahathir masih mendakwa BR1M dibayar dengan wang yang dicuri dan tujuan BR1M ialah untuk ‘membeli’ rakyat, selain dakwaan jumlah bantuan itu terlalu kecil untuk dimanfaatkan rakyat.
“Wang untuk membayar BR1M bukan dari sumber yang dicuri. Ia ialah dari langkah rasionalisasi subsidi dan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan).”

Sumber: News Straits Times
BR1M mula diperkenalkan pada 2012 oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang bertindak sebagai mekanisme utama penyampaian subsidi sasar yang diguna pakai bagi menggantikan sistem subsidi pukal sebelum ini yang kurang berkesan dan mengalami ketirisan.
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) mengumumkan Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi menggantikan BR1M. Menurut Perdana Menteri, objektif kerajaan PH adalah untuk menyediakan peluang pekerjaan sebanyak mungkin menerusi pelaburan asing dan domestik untuk menjadikan rakyat lebih bebas.
Sumber: Mstar & Utusan