Belum berhenti mendedahkan aktres Ruhainies, Sarah yasmine lagi-lagi telah membongkarkan bahawa pelakon tersebut sebenarnya sudah memiliki teman lelaki walaupun ketika itu berhubungan dengan Aliff Aziz.
Teman lelaki yang bayarkan
Ketika ditemu mual Astro Gempak, Sarah mendakwa teman lelaki Ruhainies lah yang telah membayar peguam bagi menguruskan kes khalwat serta kos perbelanjaan Aliff ulang-alik ke Kuala Lumpur.
Ruhainies ada boyfriend. Boyfriend dia yang bayarkan peguam, semua perbelanjaan Aliff ulang alik ke KL. Semua teman lelaki Ruhainies bayarkan tapi dekat Aliff, Ruhainies kata lelaki itu hanyalah bekas kekasih dia.
Tapi takkan lah bekas teman lelaki nak tolong sedangkan dia tahu hubungan Aliff dengan Ruhainies.
View this post on Instagram
Aliff terhutang budi
Bukan itu sahaja, Sarah juga berkata berkemungkinan hal tersebut yang membuatkan Aliff mengikut kehendak Ruhainies atas dasar terhutang budi dengan teman lelakinya.
Katanya, Aliff seperti ‘terikat’ dengan Ruhainies hingga sanggup mengikuti semua yang disuruh pelakon tersebut.
Kalau saya jadi Aliff pun saya akan dengar cakap, dah orang tu tolong. Saya faham Aliff, mungkin dia terhutang budi.
View this post on Instagram
Terdahulu, Ruhaines akhirnya tampil memberi penjelasan serta memohon maaf kepada Bella atas kesilapan yang telah dilakukan bersama Aliff. Tambah Ruhainies, dia berharap dapat bersemuka dengan Bella dan menyelesaikan masalah ini bersama.