#BoycottMalaysia Trending, India Mengamuk Dengan Kenyataan Tun Dr Mahathir

Trending

#BoycottMalaysia Trending, India Mengamuk Dengan Kenyataan Tun Dr Mahathir

Sejak semalam kita semua telah melihat di Twitter perkataan #BoycottMalaysia yang menjadi popular di media sosial sehingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet.

Antara persoalan-soalan yang mula timbul dalam fikiran wargenet semua mengapa tercetusnya kempen #BoycottMalaysia ini diadakan?

Advertisement

Isu ini tercetus selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad beri kenyataan

Difahamkan bahawa kempen ini tercipta selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi kenyataan yang menyentuh isu Jammu dan Kashmir yang diberikan oleh beliau pada Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-74.

Menurut Tun Dr Mahathir, walaupun ada resolusi PBB, namun wilayah itu telah ditawan dan diduduki.

“Mungkin ada sebab untuk tindakan ini tetapi ia tetap salah.”

Lalu beliau menekankan dalam ucapan itu masalah itu haruslah diselesaikan dengan cara aman.

Tun Dr Mahthir seru India dan Pakistan berkerjasama

Beliau turut menyarankan agar India dan Pakistan berkerjasama bagi menyelesaikan isu ini dengan memberi peringatan bahawa ketidakpatuhan resolusi PBB akan menyebabkan pengabaian bentuk lain kepada badan dunia itu.

India tak mahu negara lain masuk campur

Kenyataan Perdana Menteri itu telah menimbulkan kemarahan rakyat India kerana mereka percaya Kashmir mempunyai kepentingan dengan India dan negara lain tiada hak untuk campur tangan urusan kedaulatan negara mereka.

Ketika ini isu Kashmir dilihat sebagai titik tolak kepada ketegangan hubungan antara India dan Pakistan. Ia melibatkan sempadan dan kedaulatan negara.

Ini adalah beberapa komen dari warga negara India:

boycot bercuti kat Malaysia

Sementara itu rakyat Malaysia juga turut membalas komen kepada rakyat India:

netizen sokong
netizen sokong

Kita sebagai rakyat Malaysia jangan keruhkan keadaan antara kedua-dua negara tetapi lebih memberi tumpuan cara untuk menyelesaikan masalah dan tidak menimbulkan kebencian di antara satu sama lain.

 

Sumber: Sinar Harian

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...