Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Boy Iman Ditahan Reman Lagi

Datuk Noruliman A Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman ditahan reman lagi selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan projek pembinaan rumah banglo. Boy tiba di mahkamah sekitar jam 11 pagi tadi dalam keadaan bergari dan diiringi anggota polis.

Advertisement

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Roslan Mohd Nor selepas dipohon polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Boy sebelum ini pernah direman di Ampang, Shah Alam, Selangor, Muar, Johor, Sungai Petani dan Kubang Pasu, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan.

Setakat ini, lebih 210 laporan diterima polis  daripada mangsa di seluruh negara berhubung skim penipuan rumah murah yang diusahakan oleh syarikat DBI Properties milik Boy.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

32 Comments

  1. sakit mata

    January 25, 2018 at 11:44 am

    Tukar la nama tu ke DATO’ BOY REMAN…baru ngam woo…

  2. benci orang hipokrit

    January 25, 2018 at 10:56 am

    Bila masuk highway Jalan Duta, lepas tol je terpampang iklan billboard pasal si boy iman ni. siap ada gambar nasser wahab lagi. Kalau la bisnes yang dia buat ni ada unsur penipuan, syarikat yang iklankan tu tolong la turunkan iklan tu. Sudah2 la tu buat promosi. Makin giat kau promote, makin ramai yang akan buat laporan polis!

  3. Anonymous

    January 25, 2018 at 10:35 am

    orang melayu jugak bodoh gi beli rumah. konon support melayu.. kan dah kena tipu. melayu tipu melayu..

  4. damai

    January 25, 2018 at 9:13 am

    kena reman nanti keluar juga, kesian nasib2 org yg teraniaya. bila dapat selesai kes ini, selagi x selesai selagi itu dia akan menipu dengan janji manis mu,

  5. dato boyan

    January 25, 2018 at 7:59 am

    ini vavi masih bernyawa lg ker…………………..macibai la lu

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama