June 4th, 2015

Boy Iman yang sebelum ini hangat bercinta bersama kakak kepada Emma Maembong iaitu Effa Maembong meskipun kes cerai beliau belum selesai nampaknya seakan memberi gambaran bahawa hubungan itu sudah berakhir. Betul ke?

Berdasarkan luahan beliau di akaun Facebook miliknya, Boy Iman merasa terkilan dan kesal kerana kekasihnya itu tidak mengendahkan perasaan beliau dan telah berjumpa dengan bekas teman lelakinya.

Berikut luahan Boy Iman di Facebook beliau:-

Kerana sakan bercinta, Boy Iman juga tidak melunaskan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah hanya untuk bersama Effa. Sering menerima tomahan daripada masyarakat, Boy Iman pernah menyatakan bahawa isterinya tidak kisah dengan hubungan percintaan beliau dan sebenarnya isteri beliau mempunyai hubungan yang baik dengan Effa. Wallahualam.

Apa gunanya meluahkan rasa kesal dalam hati jika Effa memperlakukan Boy Iman begitu kerana beliau juga melakukan perkara yang sama dahulu terhadap isterinya bukan? Bak kata orang  what goes around comes around.

Mungkin ini adalah petunjuk agar Boy Iman berfikir secara orang dewasa dan kembali berbaik dengan isterinya serta memikul tanggungjawab beliau sebagai seorang suami dan bapa dengan baik. Untuk apa jadi playboy kalau tiada yang kekal.


Comments are closed.

Loading...