Berpunca daripada masalah kewangan yang telah mengugat rumah tangga mereka sejak tiga tahun lalu, pelakon Boy Iman mengesahkan bakal bercerai dengan isterinya Kumala Dewi Anas.
Berita mengenai beliau dan isteri yang sedang menghadapi masalah telah dilaporkan dalam sebuah ruangan di akhar mingguan. Mengakui pernah menjalani sesi kaunseling untuk menyelamatkan perkahwinan mereka, namun Kumala tetap ingin berpisah.
Apa yang dilaporkan tentang keretakan rumah tangga saya itu benar, saya sudah berusaha untuk selamatkannya dan pergi ke sesi kauseling pada awal bulan Februari lalu.
Namun, dia (isteri) tetap tidak mahu meneruskan hubungan ini dan telah memfailkan perceraian di mahkamah untuk berpisah.
Boy juga turut memberitahu kegagalan beliau untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dalam memberi nafkah adalah faktor utama isterinya hendak bercerai. Terpaksa menanggung kerugian yang besar apabila perniagaan Celebrity Bazaar yang dijalankan pada Oktober 2014 yang tidak mendapat sambutan, sedikit sebanyak telah membuatkan beliau menghadapi masalah kewangan.
Perkara ini bermula sejak bisnes saya mula merosot, Celebrity Bazaar yang saya anjurkan pada 15 Oktober 2014 lalu di Dataran Underground, Dataran Merdeka gagal mendapat sambutan.
Disebabkan perkara itu, saya terpaksa menanggung kerugian sebanyak lebih RM65,000, apabila pihak Dataran Merdeka membatalkan kontrak dari tiga bulan kepada sebulan dan saya terpaksa memulangkan semula duit kepada lebih 70 peniaga.
Hati seorang perempuan ini memang cukup tabah, tetapi jika sudah terlalu bersabar satu hari mereka akan rasa bosan juga. Jika kita sudah tidak nampak jalan untuk menyelamatkan rumah tangga, adalah lebih baik untuk berpisah sebelum timbul masalah lebih besar pada masa hadapan.