Sudah menjadi kebiasaan apabila seorang guru perlu cekal dalam menghadapi pelbagai karenah pelajar yang kadang-kala melampaui batasannya.
Baru-baru ini, seorang guru bernama Nurzuhaili Shamsudin telah berkongsikan pengalamannya di Facebook ketika menanda kertas peperiksaan pelajar tingkatan 3 dan terdapat satu jawapan daripada pelajar yang membuatkan dirinya ‘termenung’ seketika melihat kertas esei terbabit.
Difahamkan, soalan di dalam kertas itu memerlukan pelajar menulis sebuah karangan pendek berjumlah 120 patah perkataan berkenaan insiden di rumah jiran mereka dan para pelajar turut diberikan key point untuk menyiapkan karangan mengikut idea mereka.
Hal ini dianggap melampaui batas kerana terdapat seorang pelajar menconteng ruangan jawapan dengan kata-kata yang kurang beradap dan antara kata-kata yang ditulis adalah ‘bosan’ serta ‘lena dulu’.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa marah dengan kelakuan pelajar yang dianggap biadap itu dan ada juga yang menyalahkan gajet serta media sosial, memandangakan sekarang ini pelajar perlu belajar atas talian.
Rasanya adik tak perlu kot conteng sampai macam tu sekali.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.