“Bosan Gila, Next Please?” – Netizen Luah Rasa Muak Lihat Muka Meerqeen Kerap Muncul Di Layar TV

Hiburan

“Bosan Gila, Next Please?” – Netizen Luah Rasa Muak Lihat Muka Meerqeen Kerap Muncul Di Layar TV

Seorang individu di aplikasi X semalam mencuri tumpuan apabila dia meluahkan rasa kurang senang melihat wajah pelakon Meerqeen yang dirasakan terlalu kerap muncul di media dan layar TV.

Kata individu itu, dia sudah jemu melihat wajah aktor tersebut.

Advertisement
meerqeenSumber : Twitter  

Sejujurnya dah bosan tengok muka Meerqeen, next please.

Namun begitu, ciapan individu itu telah mendapat respon daripada Meerqeen dan turut membalas ringkas sebagai respon kritikan tersebut.

Tahun ini saya keluar TV sekali je awak.

Malah, rakan artis Nadhir Nasar juga turut meninggalkan komen di hantaran yang sama.

Saya dah tiga tahun tengok muka dia. Alhamdulillah tak pernah bosan.

Hantaran tersebut juga dilihat mendapat reaksi daripada netizen yang lain di mana rata-ratanya berpendapat yang sama.

Sebab banyak buat perangai Meerqeen ni. Baru naik tapi gosip 1001. Cuba yang perangai elok macam Shukri Yahya. 10 kali keluar TV setahun pun orang tengok lagi.

Sekadar info, Meerqeen mula mendapat tempat di hati peminat setelah dia membawa watak utama dalam drama Melur Untuk Firdaus selain turut membintangi lime buah filem dan drama serta duta bagi tujuh jenama produk terkenal.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ira kazar carian paling sohor
5 months ago

Michelle Yeoh Pun Tewas! Ira Kazar Jadi 'Juara' Carian Google Tertinggi Netizen Di Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...