Bosan Dengan Suasana Rumah? Boleh Cuba Cara Ini

Trending

Bosan Dengan Suasana Rumah? Boleh Cuba Cara Ini

Rumah ku, Syurga Ku.

Rumah semestinya tempat paling selesa untuk kita berehat dan melakukan apa sahaja aktiviti yang kita suka tanpa perlu berfikir panjang.

Semestinya semua orang mengimpikan rumah yang bersih, kemas dan cantik. Tetapi kalau reka bentuk dan hiasan dalaman rumah yang sama dari dulu pasti membuatkan anda rasa bosan kan? Pernah tak terfikir untuk mengubah hiasan dan susun atur rumah untuk menjadikannya lebih ceria?

Advertisement

Tidak semestinya anda perlu membeli perabot baru untuk menjadikan ruang lama bertukar wajah, ada beberapa langkah yang anda boleh lakukan supaya rumah anda menjadi lebih ceria dan ‘baru’.

Bersihkan lampu

Sumber: Harian Depok

Membersihkan lampu akan mempengaruhi suasana ruangan. Anda harus memberikan perhatian lebih untuk membersihkan bahagian luar lampu hiasan sehingga lampu akan memancarkan cahaya yang terang.

Biasanya lampu yang jarang dibersihkan akan dipenuhi dengan debu. Jika debu ini dibiarkan berkumpul, ia akan menggelapkan suasana rumah anda.

Cat dinding dengan warna kegemaran

Sumber: Colours for home

Anda boleh menukar warna dinding mengikut pilihan warna yang anda suka atau trend terkini. Pastikan warna yang dipilih sesuai dengan ruang dan perabot di ruangan tersebut. Jadi, anda akan rasa lebih selesa dan fresh dengan suasana baru. Anda boleh memilih untuk menukar warna dinding 1 hingga 2 tahun sekali.

DIY hiasan rumah

Sumber: The Honeycomb Home

Dengan menggunakan hiasan buatan sendiri pasti akan memberikan kita kepuasan, bahkan kita tidak akan bosan melihatnya. Jika anda boleh melukis, apa kata anda menggantungkan lukisan sendiri di dinding sebagai perhiasan. Atau anda boleh menonton tutorial hiasan DIY di internet, pasti banyak yang mudah untuk anda cuba.

Tukar gambar baru

Sumber: Letsgowander

Pasti anda akan mengabadikan gambar-gambar kenangan di dinding rumah kan? Apa kata anda tukar atau tambah gambar-gambar baru sebagai hiasan dinding. Bukan sahaja mencantikkan ruangan dinding, tetapi anda pasti dapat mengimbau memori setiap kali melihat gambar-gambar berkenaan.

Tukar suasana bilik

Sumber: Bukalapak

Sudah tentu anda sering menghabiskan masa di bilik keluarga atau ruang tamu. Bilik keluarga sememangnya merupakan pusat aktiviti rumah. Mengubah nuansa di dalam bilik keluarga boleh dilakukan dengan menukar hiasan di kerusi dan meja.

Anda boleh menukar pasu bunga atau menggantikan sarung bantal sofa sekurang-kurangnya dua minggu sekali supaya tidak bosan.

Apa tunggu lagi, selamat mencuba!

Sumber: Rumahku

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...