Bosan dengan sikap ayahnya yang sibuk bekerja, seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun di China mengambil tindakan drastik dengan menghantar surat terus kepada bos ayahnya itu.
Kanak-kanak itu bertindak apabila si ayah tidak membawanya keluar bercuti biarpun musim cuti sekolah sudah hampir berakhir dan dia teringin sangat untuk bercuti bersama ayahnya.
Dalam surat itu menyatakan, kanak-kanak bernama Yang Lele meminta agar bos ayahnya menginzinkan si ayah untuk mengambil cuti beberapa hari supaya mereka boleh pergi bercuti.
Malah, katanya, rakannya yang bernama Xiaoming sudah pun pergi bercuti bersama keluarganya dan dia menginginkan perkara yang sama.
Lebih dalam, Lele memetik kata-kata Xiaoming bahawa: “Orang yang tidak pergi bercuti ketika musim cuti panas adalah bodoh.”
Menurut Red Star News, ayah Lele bekerja dalam industri IT di Beijing.
Foto itu menjadi viral di media sosial China selepas dimuat naik oleh Charlie Young yang dipercayai bapa kepada kanak-kanak itu.
“Saya sebelum ini berjanji untuk membawa anak saya bercuti di musim panas ini, namun saya belum mengotakan janji saya kerana saya terus sibuk dengan pekerjaan,” tulis Young.
“Tidak terfikir oleh saya bahawa dia akan menulis surat tersebut dan meminta saya untuk menyerahkannya kepada bos saya. Bahkan dia berkata kepada saya bahawa Xiaoming mengatakan mereka yang tidak pergi bercuti semasa cuti musim panas adalah bodoh,” demikian ditulis Young.
“Jadi, apakah saya menyerahkan surat ini, atau tidak?” soal Young.
Memetik laporan Red Star News, Young akhirnya memutuskan tidak menyerahkan surat tersebut kepada bosnya.
Namun dia memutuskan untuk mencari waktu agar boleh bercuti bersama-sama dengan anaknya itu sebelum musim panas berakhir.