Bos Syarikat Dipenjara 7 Hari Dan Denda RM10,000 Kerana Minta Pekerja Datang Bekerja Semasa PKP

Trending

Bos Syarikat Dipenjara 7 Hari Dan Denda RM10,000  Kerana Minta Pekerja Datang Bekerja Semasa PKP

Hanya kerana tidak mahu mengikuti arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan, seorang pengarah syarikat kilang kitar semula telah didenda RM10,000 dan dipenjara tujuh hari. Dia turut mengaku bersalah kerana membenarkan pekerjanya bekerja tanpa kebenaran di dalam tempoh PKP.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, sepanjang tempoh PKP ini hanya beberapa industri di dalam kepentingan penting sahaja yang menerima kebenaran untuk terus beroperasi. Tetapi itu pun di dalam kawalan ketat pihak berkuasa yang jika dilanggar, kebenaran itu akan ditarik semula.

Advertisement

Ong Lin-Tjong, pengarah berusia 39 tahun itu membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Arif Mohamad Shariff. Dia didapati bersalah di bawah Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dari Kilang Privilege Industry Sdn Bhd yang beroperasi di Kawasan Perusahaan Bakar Arang di sini, didapati membenarkan dua lelaki berhimpun di dalam kilang bagi tujuan sosial pada jam 11.50 malam, 4 April lalu.

Sekiranya gagal membayar denda, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama enam bulan. Selain daripada tertuduh, seramai 23 lelaki turut didenda kerana melanggar perintah PKP dan dibicarakan di mahkamah yang sama. 23 individu itu didenda RM1,000 seorang dan dihukum penjara selama tujuh hari.

Kesemua mereka didakwa melanggar perintah PKP di lokasi berasingan di sekitar Kuala Muda di antara 27 Mac sehingga 13 April yang lalu. Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Orang ramai dinasihatkan untuk kekal berada di rumah dan ikuti arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan sehingga 28 April ini.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...