“Bos Pergi Sana Sini Pakai Tayang Barang Mahal Banyak Pula Duit!” – Anak Didie Alias Mengamuk, Syarikat Milik Artis Popular Tak Bayar Hutang?

Hiburan

“Bos Pergi Sana Sini Pakai Tayang Barang Mahal Banyak Pula Duit!” – Anak Didie Alias Mengamuk, Syarikat Milik Artis Popular Tak Bayar Hutang?

Sebelum ini, satu syarikat stesen televisyen milik seorang selebriti popular menjadi bualan ramai selepas ada bekas staf meluahkan rasa tidak puas hati kerana didakwa gajinya tidak dibayar.

Stesen televisyen milik artis popular tak bayar hutang?

Terbaru, anak perempuan Didie Alias yang bernama Diyana meluahkan rasa geram di Instagram Storynya selepas syarikat stesen televisyen yang sama culas membayar hutang sebanyak RM8000.

Advertisement

Kata gadis itu, hutang tersebut sudah dituntut sejak tahun lalu tetapi stesen TV tersebut seperti mendiamkan diri saja.

anak didie alias 3

Boleh tayang barang mewah, jalan luar negara

Dalam pada masa yang sama, Diyana turut mengungkit bahawa bos stesen televisyen tersebut yang juga merupakan pengacara popular boleh berjalan ke merata tempat dan tayang barangan mahal di Instagram tetapi tidak membayar hutang ibunya.

Bahkan, apabila dia menghantar mesej di WhatsApp, pihak stesen televisyen terbabit tidak membalas dan disebabkan itu, dia membuat pendedahan di Instagram Storynya.

anak didie alias 3

Selain itu, dia turut mendedahkan mesejnya bersama pihak stesen televisyen tersebut dengan menggesa untuk membayar hutang itu tetapi pihak mereka berkata kini syarikat tidak mempunyai wang untuk bayar.

anak didie alias 3

pencara popular
10 months ago

"Dah September Tapi Gaji Ogos Tak Dapat Lagi!" - Pengacara Popular Didakwa Aniaya Staf, Gaji Berbulan Tak Dibayar?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...