Bos Berbangsa Cina Taja Pekerja Ingin Ke Mekah, Rupanya Ini Identiti Sebenar Lelaki Yang Sering Viral Di Tik Tok

Kehidupan

Bos Berbangsa Cina Taja Pekerja Ingin Ke Mekah, Rupanya Ini Identiti Sebenar Lelaki Yang Sering Viral Di Tik Tok

Seringkali kita disajikan dengan video-video yang agak ‘cringe’ di aplikasi Tik Tok. Tetapi bukan itu sahaja kandungan yang ada di Tik Tok kerana sekarang ini semakin ramai yang menghasilkan video pendek di sana. Seperti pemilik akaun Khiu19 ini, walaupun berbangsa Cina tetapi dia sering memuatnaik videonya di dalam Bahasa Melayu.

Videonya yang terbaru ini mendapat perhatian netizen selepas dikongsikan oleh salah seorang pengguna Twitter. Di dalam video itu, Khiu berjumpa dengan pekerja berbangsa Melayu di tempatnya dan bertanya apakah impian pekerja yang sudah 10 tahun berkhidmat untuknya itu.

Advertisement

Jawapan spontan pak cik itu untuk berkunjung ke Kota Suci Mekah disambut baik oleh Khiu yang terus menghadiahkan pakej menunaikan umrah secara percuma. Menurut Khiu, lelaki tersebut telah banyak membantunya sepanjang berkhidmat di syarikatnya itu.

Kejutan yang diberikan itu telah memberikan kegembiraan pada pekerjanya yang langsung tidak menyangka pemberian dari bosnya itu. Dia juga berkata sepanjang bekerja di situ, dia sentiasa mendoakan kesihatan bosnya itu agar terus sihat.

Identiti sebenar

Perkongsian video itu ternyata membuatkan ramai netizen turut berasa terharu dan sebak dengan sikap pemurah Khiu itu. Selepas diselidik, rupanya lelaki dikenali sebagai Khiu itu adalah Dato’ Calvin Khiu yang merupakan CEO MK Curtain.

Beliau memang sering memuatnaik video di dalam Bahasa Melayu dan mempunyai pencapaian yang cukup memberangsangkan di dalam bidang perniagaan. Selain mempunyai perniagaan sendiri, beliau juga adalah seorang content creator dan sering memuatnaik video di Tik Tok.

Siapa sangka disebalik video-video yang dimuatnaik, beliau juga mempunyai sebuah perniagaan besar dengan beratus-ratus pekerja di bawahnya. Kebanyakan netizen juga mengakui sering menonton videonya kerana kisah inspirasi yang selalu dikongsi.

Sebelum ini, aplikasi Tik Tok berjaya menyatukan pasangan suami isteri yang sudah lama terpisah menerusi video yang dimuatnaik. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Isteri Berjumpa Semula Dengan Suami Yang Terpisah Dalam Aplikasi Tik Tok

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...