Tular di media sosial TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita bergelar isteri telah dihukum oleh pasangannya gara-gara berbelanja lebih ketika membeli barangan dapur dan keperluan rumah.
Kedua-dua dilihat bertengkar dan si suami dikatakan tidak berpuas hati kerana isterinya telah membeli barang keperluan sehingga mencecah 1 juta rupiah atau kira-kira RM300.40.
Malah, lelaki tersebut turut memaki hamun isterinya kerana merasakan ia satu pembaziran yang melampau.
Berikutan itu, lelaki itu telah menghukum wanita itu dengan menyuruhnya mencuci peti sejuk sehingga betul-betul bersih sebagai denda meskipun waktu sudah menghampiri jam 2 pagi.
Menjengah ke ruangan komen, netizen masing-masing meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan si suami yang dirasakan melampau dan tidak bertanggungjawab.
RM290 kot 1 juta rupiah di Malaysia lepas beli susu pampers anak je. Semakin sempit la rezeki seorang suami kalau macam ni.
Kata netizen, kos perbelanjaan sebanyak itu adalah munasabah kerana peningkatan harga barang di zaman ekonomi yang meleset pada ketika ini.
Selain itu, ada yang menyarankan agar wanita dan juga para isteri di luar sana yang mengalami situasi yang sama agar menyuruh suami masing-masing membeli sendiri barang keperluan dapur di pasaraya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.