Boleh dikatakan sejak kebelakangan ini khabar angin mengenai hubungan pempengaruh, Cik Epal dan pembantu peribadinya yang bernama Ammar semakin menjadi bualan susulan kelihatan rapat.
Cik Epal dan Ammar bakal berkahwin tak lama lagi?
Bahkan, ada timbul desas-desus mendakwa kedua-dua individu itu bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi selepas dikatakan sedang membuat persiapan meraikan hari bahagia mereka.
Terbaru di platform TikTok, tular video memaparkan Cik Epal sedang memilih baju Melayu untuk diberikan kepada dulang boys sebelum disapa oleh Pengurus Pemasaran Jakel, Muzaffar Jakel.
Sedang mencari baju Melayu untuk 7 dulang ‘boys’?
Betul ke ni? Astaghfiruallahalazim. Berapa dulang boy? Tujuh?
Pertanyaan tersebut disambut baik serta diakui oleh pempengaruh terbabit.
Dalam pada itu, Muzaffar juga memaklumkan bahawa pihaknya sedang mengadakan jualan murah sekali gus dilihat menarik perhatian Cik Epal.
Walaupun sudah tular khabar angin mendakwa Cik Epal dan Ammar bakal berkahwin, kedua-duanya masih belum membuat sebarang pengesahan rasmi.