Tular di media sosial rakaman yang memaparkan seorang wanita sedang mempromosikan produk dari syarikat terkemuka menerusi live di TikTok.
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian adalah ‘wanita’ tersebut yang pada mata kasarnya terlihat realistik sebenarnya merupakan hasil janaan AI.
Menerusi siaran langsung tersebut, ‘wanita’ tersebut dilihat bercakap tentang produk-produk yang dijual jenama tersebut dan mempunyai pergerakan tangan serta intonasi suara yang tiada perasaan.
Video tersebut mengundang pelbagai respon dan mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen tentang adaptasi teknologi AI yang dijangka bakal mengambil alih tugasan manusia.
Sesetengah netizen berpendapat tindakan menggunakan AI untuk tujuan jualan secara langsung atas talian tidak boleh diterima kerana penonton lebih suka hos yang talkative, bersemangat dan boleh berinteraksi dengan ‘real’.
Ramai netizen turut bercakap tentang wanita hasil janaan AI tersebut membosankan kerana tidak santai disebabkan bercakap mengikut skrip dan menggunakan bahasa baku.
Saya tengok seminit je sebab boring. Ada benda yang AI tak mampu nak ganti.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.