Bontot Anak Jatuh Sebelah Sambil Bergayut Pada Baju Ibu, Tindakan Rider Ini Dapat Perhatian Netizen.

Trending

Bontot Anak Jatuh Sebelah Sambil Bergayut Pada Baju Ibu, Tindakan Rider Ini Dapat Perhatian Netizen.

Pagi tadi otw ke Pulau, terserempak dgn akak ni perderaih laju membelah highway PLUS, bontot anak dia kat belakang tu (sekitar 4-5 tahun) dah jatuh dari seat senget sebelah sambil bergayut pada baju mak dia, gila b*b* seriau tengok.

Advertisement

Boleh bayang tak tiba2 anak jatuh atas jalan tengah laju takde helmet? Budak2 naik motor pun boleh tido tau..sapa pernah bawa budak naik motor fahamlah.

Aku pun hon sebelah dia dan bagitau. Di cermin sisi nampak dia slow mungkin perbetul keadaan anak. Hati tak sedap aku slow balik tunggu dia.

Sampai depan dah di escort oleh 2 orang bikers ni yang sama-sama concern dengan safety anak ni.

Setelah pelbagai option nak adjust pun tak boleh (dalam bakul ada sorang lagi anak umur dalam 2tahun), bawa beg lagi di bahu, pinggang plak XXXXXL nak peluk pun tak boleh, akhirnya brader ni decide bawak anak ni sampai ke tempat dituju.

Hargailah nyawa..bagai telur di hujung tanduk..

#SafetyMoment #RiderJalanan

Ramai netizen yang memuji tindakan beliau dan rakan-rakannya, ada juga netizen yang melahirkan rasa simpati kepada ibu berkenaan.

Mungkin kita tidak tahu apa yang dihadapi ibu berkenaan. Apa pun yang pasti, jika kita membawa anak-anak menaiki motosikal, pastikanlah keselamatan mereka, jangan nanti kita yang akan menyesal di kemudian hari.

Kredit :  Hakim Aha

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...