Atlet powerlifting para negara, Bonnie Bunyau Gustin, sekali lagi mengharumkan nama negara dan membuktikan kehebatannya apabila berjaya merangkul pingat emas dalam kejohanan Piala Dunia 2025.
Atlet kelahiran Sarawak itu mendapat pingat emas dalam kategori lelaki 72 kilogram (kg) dalam acara yang berlangsung di Beijing, China hari ini.
Bonnie melakukan angkatan terbaik seberat 215kg dalam saingan yang berlangsung di China Administration of Sports for Persons with Disabilities (CASPD), sekali gus mengekalkan penguasaannya dalam kategori berkenaan.
🏋️♂️ Beijing 2025 Para Powerlifting World Cup
Angkatan 215kg pastikan Bonnie Bunyau Gustin julang emas untuk negara dalam kategori Men’s up to 72kg
Syabas!!! Bonnie 🫶💪🏻👏🏻#KitaSemuaTeamMAS
#ChampionRising #Rise2Win#AllianzMalaysia pic.twitter.com/a1Vd0irirZ— #TeamMALAYSIA (@AtletMalaysia) June 22, 2025
Bagaimanapun, pencapaian itu masih tidak dapat mengatasi rekod dunia miliknya, iaitu 232kg yang dicatat pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024.
Menurut Berita Harian, pingat perak diraih atlet Cuba, Jesus Cuevas Cisneros dengan angkatan seberat 175kg, manakala atlet India, Ramubhai B. Bhambava membawa pulang gangsa selepas mencatat angkatan 151kg.