Bongkar Rahsia Kulit Berseri Tiffany SNSD. Rupanya Guna Serum & Losen Badan Eucerin!

Branded

Bongkar Rahsia Kulit Berseri Tiffany SNSD. Rupanya Guna Serum & Losen Badan Eucerin!

Siapa yang tak kenal Tiffany Young dari kumpulan legenda Girls’ Generation. Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon jelita itu hadir sebagai tetamu jemputan khas di acara Eucerin Spotless Brightening, dan sebaik sahaja dia melangkah ke pentas, suasana terus rasa lain.

eucerin spotless serum

Mana tidaknya, Tiffany punya glowing ni seakan menerangi seluruh ruang Concourse Sunway Pyramid tau. Ini semua bukan filter atau pencahayaan (sebab kami sendiri tengok Tiffany depan mata), tapi kerana penjagaan kulit sebenar yang diamalkan oleh Tiffany sendiri.

Rahsia Kulit Tiffany – Dari Muka Hingga Ke Badan

tiffany

Walaupun sibuk dengan jadual yang padat, Tiffany tetap menekankan betapa pentingnya memilih produk yang betul untuk menjaga kulit agar kekal sihat dan berseri. 

Dia sempat berkongsi bahawa dua produk utama yang menjadi rahsia kulit cerah dan sekata miliknya ialah Eucerin Spotless Brightening Serum dan Eucerin Spotless Brightening Body Lotion. 

Kedua-dua produk ini membantu menjadikan kulitnya sekata, cerah dan bersinar dari dalam, memberi keyakinan tanpa perlu bergantung sepenuhnya pada solekan. Tiffany turut menegaskan bahawa kulit bersinar bukan datang daripada lapisan makeup, tetapi hasil penjagaan yang konsisten dan berkesan.

eucerin spotless brightening serum

Perkongsian bersama pakar dermatologi

eucerin spotless brightening serum

Perkongsian bersama pengguna sebenar.

Dalam sesi yang turut berlangsung pada hari Sabtu lalu, pakar dermatologi turut menjelaskan bahawa kuasa sebenar di sebalik siri Eucerin Spotless Brightening terletak pada bahan aktif yang dipatenkan secara eksklusif oleh Eucerin, iaitu Thiamidol

Bahan inilah yang menjadikan siri ini berbeza daripada produk pencerah lain di pasaran.

Gabungan Sains dan Kecantikan – Pencerahan Yang Terbukti

eucerin spotless brightening serum

Selalu dengar nak cerah guna Niacinamide dan Vitamin C, tapi Thiamidol ni apa?

Dengan pengalaman lebih 120 tahun dalam bidang dermatologi, Eucerin sememangnya dikenali sebagai jenama yang menggabungkan sains dan penjagaan kulit untuk menghasilkan keputusan yang terbukti. 

Thiamidol, bahan utama dalam siri Spotless Brightening ini, merupakan hasil penyelidikan mendalam dan telah terbukti secara klinikal sebagai bahan pencerah yang sangat berkesan. Ia membantu mengurangkan pembentukan bintik gelap, memperbaiki tona kulit tidak sekata, dan menjadikan kulit lebih cerah serta sihat.

Malah, berdasarkan kajian klinikal, penggunaan produk yang mengandungi Thiamidol secara konsisten mampu mengurangkan sehingga 97 peratus bintik gelap pada kulit. Dengan keberkesanan seperti ini, tidak hairanlah kulit Tiffany kelihatan bersih, sekata dan berseri semula jadi sepanjang acara hari tu!

Gabungan Duo Cerah Menyeluruh

eucerin spotless brightening serum

Eucerin Spotless Brightening Serum antara produk paling popular dalam kategori pencerahan wajah. Serum ini membantu mengurangkan bintik gelap serta menjadikan tona kulit lebih sekata. 

Teksturnya yang ringan memudahkan penyerapan ke dalam kulit, memberi hasil yang nyata apabila digunakan secara konsisten, wajah tampak lebih cerah, bersinar dan segar dari dalam.

eucerin spotless brightening serum

Manakala Eucerin Spotless Brightening Body Lotion pula sering menjadi pilihan mereka yang mahu kulit cerah sekata dari hujung rambut ke hujung kaki. Walaupun tidak dipromosikan secara besar-besaran, losyen ini sering habis dijual kerana keberkesanannya yang terbukti. 

Formulanya yang cepat meresap dan tidak melekit sesuai untuk digunakan setiap hari, malah membantu mencerahkan kawasan yang sering terdedah kepada matahari seperti lengan, bahu, leher dan belakang badan.

Nak Kulit Glowing Gaya Tiffany? Eucerin Jawapannya

eucerin spotless brightening serum

Kalau anda rasa terinspirasi dengan kulit berseri dan sekata seperti Tiffany, siri Eucerin Spotless Brightening inilah jawapannya. 

Satu produk untuk wajah, satu lagi untuk badan – gabungan keduanya memberi hasil pencerahan menyeluruh yang semula jadi dan sihat. 

Anda boleh dapatkan produk ni di Watsons, atau membuat pembelian terus melalui Shopee dan Lazada. Tak perlu berbelanja besar untuk rawatan mewah, kerana dengan penjagaan yang konsisten dan formula yang terbukti secara saintifik, kulit cerah dan bersinar bukan lagi sekadar impian.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Eucerin dan ikuti laman sosial di Facebook dan Instagram.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...