Ibu kepada usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri, iaitu Bonda Rozita, memaklumkan hasrat untuk menjual rumah mewah miliknya menerusi satu hantaran di media sosial.
Rumah berkenaan terletak di kawasan elit Bukit Rahman Putra (BRP), Sunway Rahman Putra, dan telah mendapat sentuhan dekorasi peribadi Bonda Rozita sejak tahun 2003 lagi.
Menurut beliau, kediaman itu ditawarkan pada harga RM10 juta, dan harga tersebut termasuklah perabot-perabot yang ada di dalamnya.
Rumah dua tingkat itu memiliki lima ruang tamu dan sembilan bilik tidur, sekali gus memberikan keselesaan maksimum kepada bakal pemilik.
Kediaman eksklusif tersebut terletak dalam kawasan berpagar dan berpengawal, serta dibangunkan oleh pemaju ternama, Sunway, sejak tahun 2006. Lokasi ini menjanjikan keselamatan dan ketenangan kepada penghuninya.
Menariknya, Bonda Rozita turut berkongsi pelbagai kemudahan yang terdapat di sekitar kawasan kejiranan tersebut seperti kemudahan harian, akses pengangkutan, institusi pendidikan, dan sebagainya. Malah, perumahan ini juga dilengkapi surau yang luas untuk kemudahan penduduk beragama Islam.
Setiap ruang dalam rumah dihiasi dengan perabot berukiran unik yang mencerminkan cita rasa tinggi pemiliknya. Malah, daripada luar ke dalam, kemasan rumah ini menggunakan kayu berkualiti tinggi, menyerlahkan nilai estetika dan kemewahan.
Menurut Bonda Rozita, rumah tersebut mempunyai nilai pelaburan kukuh kerana berada di kawasan matang dengan permintaan tinggi, menjadikannya mudah untuk disewa atau dijual semula pada masa akan datang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.