Baru-baru ini, usahawan dikenali ramai iaitu Bonda Rozita telah menarik perhatian ramai selepas memaparkan dirinya melawat tapak pembinaan rumah yang dibelinya.
Difahamkan daripada penjelasan Bonda Rozita, kesemua rumah tersebut merupakan tanda penghargaan buat pekerja-pekerjanya yang cemerlang sepanjang berkhidmat bersamanya.
Sepanjang bonda berniaga, bonda belajar satu perkara kita tidak akan rugi bila berkongsi rezeki dengan staf yang amanah dan bersungguh-sungguh jaga syarikat.
@ibondarozitaibrahim “Sejak dulu bonda selalu ingatkan staf bonda — janganlah bekerja hanya kerana gaji. . . Gaji itu hanya cukup untuk bayar bil dan keperluan bulanan. Tapi kejarlah dividen bonda… . Sy pandai invest dan sy dah x kuat jaga buisness .. sy kkngsikan hasil kekayaan beri Dividen demi masa yg jauh untuk mereka sekeluarga . Sepanjang bonda berniaga, bonda belajar satu perkara — kita tidak akan rugi bila berkongsi rezeki dgn staf yg amanah dan bersungguh2 jaga syarikat . . Mereka ini bukan sekadar pekerja. Mereka bagai keluarga sy yang menjaga amanah, mengangkat nama, dan sanggup susah senang dengan bonda. Rumah teres 2 blok ni ialah semua dimiliki staf yg benar2 cemerlang #rumahhutanbondarozita #jrmprodukbonda #ibondarozitaibrahim ♬ original sound – Bonda Rozita Ibrahim
Dalam pada masa yang sama, usahawan itu turut menganggap staf-staf seperti keluarga sendiri kerana sangat menjaga amanah, mengangkat nama serta sanggup susah bersama.
Perkongsian yang dimuat naik di platform TikTok itu telah menarik perhatian warganet, di mana rata-ratanya tergamam dan kagum dengan kebaikan Bonda Rozita.