Usahawan terkenal Bonda Rozita memaklumkan dia telah membeli dua ekor anjing jenis K9 untuk tujuan keselamatan ladangnya di puncak hutan.
Menerusi Facebook, Bonda Rozita berkongsi hantaran tentang anjing tersebut yang disifatkannya sebagai penjaga terbaik dan berkata dua ekor haiwan tersebut memiliki microchip di dalam badan bagi mengelak daripada dicuri.
Saya takut dan tak berani pegang. Mereka masih kecil, baka German Shepherd. Kami beli dua ekor. K9 sering digambarkan diseluruh dunia mengenai anjing cerdik ini.
Inddy dan Izzy, baru lapan minggu, beratnya 14kilogram (kg). Anjing saya beli ini ada sijil keturunannya. Sekiranya ada orang nak curi, di dalam badan anjing ini ada microchip.
Tambah Bonda Rozita, dia meminta orang Asli untuk tolong menjaga dan mengupah pelatih untuk proses melatih dua anjing berkenaan.
Ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri itu juga berkata tujuannya membeli bukanlah untuk bermain dengan anjing-anjing tersebut dan suaminya akan sertu selepas memandikannya.
Bonda bukan buat untuk tujuan nak gomol macam orang putih dan cara samak juga kena tahu. Selepas menguruskan K9 dalam dua jam setiap hari suami saya akan mandi air tanah sertu.