Bonbon Flip; Sofa Yang Boleh Berubah Bentuk Menjadi Katil 2 Tingkat

Trending

Bonbon Flip; Sofa Yang Boleh Berubah Bentuk Menjadi Katil 2 Tingkat

Bagi mereka yang tinggal di Malaysia, admin yakin ramai di antara anda yang lebih gemar untuk tinggal di rumah yang besar dan luas. Bagi pendapat admin, makin besar dan luas rumah, makin banyak kita akan menghabiskan duit bagi membeli barangan rumah untuk memenuhi ruang yang kosong. Selain daripada itu, masa yang di ambil untuk mengemas dan membersihkan rumah juga akan menjadi sangat lama.

Advertisement

Di sini adamin nak kongsikan dengan semua sebuah sofa keluaran Bonbon, sebuah syarikat pengeluaran barangan keperluan rumah yang berpusat di London, England. Sofa yang diberi nama “FLIP” ini telah menarik banyak perhatian ramai di sana kerana sofa yang dapat bertukar menjadi katil ini adalah berbeza dengan produk lain yang berada di pasaran.

Seperti dapat di lihat di dalam video di atas, sofa ini bukan sahaja menjadi dapat betukar menjadi katil malah katil yang bertukar adalah katil 2 tingkat. Masa yang diambil untuk mengubah sofa menjadi katil ini juga adalah sangat singkat. Bagi mereka yang sudah mahir dengan cara pengubahannya, hanya lebih kurang 1 minit sahaja diperlukan.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan produk ini, anda boleh melawat laman web mereka. Harga bagi sebiji sofa ini bergantung kepada fabrik dan size yang dikehendaki oleh para pembeli. Bagi mereka yang kekurangan ruang bagi meletak sofa dan katil, produk 2 dalam 1 ini merupakan satu penyelesaian terbaik bagi anda.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...