Tular di laman Twitter, satu ciapan yang dimuat naik oleh seorang pelajar universiti tempatan dikenali sebagai Arep Ashari yang terpaksa berdepan detik cemas apabila kipas di dalam bilik asramanya terbakar.
Menerusi ciapan tersebut, Arep telah meluahkan rasa kecewa apabila tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan asrama walaupun aduan telah dibuat sebanyak dua kali.
Menurutnya lagi, mujur sekumpulan anggota bomba berjaya menangani situasi dengan cekap dan tiada sebarang kecederaan berlaku dalam kejadian kebakaran itu.
Dah complaint 2 kali still tak betul kan. Sampai terbakar, bomba datang baru nak gelabah? Nak tunggu student mati baru nak take action?
Sehingga kini, video perkongsian tersebut telah meraih 20.5K tontonan, 2.3K tanda suka, dan 2.2K ciap semula di laman Twitter.
Kau bagi bilik lain, nak suruh duduk bilik yg sama? Kau panggil maintenance and pengurusan kau dtg jadi cleaner. @UniversitiMalay @KemPelajaran @RadziJidin pic.twitter.com/Er8kRVaH24
— Arep (@ArepAshari) May 12, 2022
Meninjau di ruangan balas, rata-rata netizen turut memberi pelbagai reaksi dan meluahkan kekecewaan mereka terhadap sesetengah pihak pengurusan universiti yang tidak mengendahkan kebajikan pelajar mereka.
Penat-penat belajar tapi kebajikan student pun kena fight sendiri. – Netizen.
“Yuran kemain mahal, management entah apa-apa,” tulis seorang pengguna Twitter.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.