Bomba Berjaya Selamatkan Cubaan Wanita Terjun Dari Tingkat 32

Kehidupan

Bomba Berjaya Selamatkan Cubaan Wanita Terjun Dari Tingkat 32

Banyak dugaan dan cabaran yang dihadapi segelintir individu sejak pandemik ini. Sebelum ini dilaporkan seorang lelaki cuba untuk terjun daripada tingkat 11 di sebuah pangsapuri disebabkan tiada pekerjaan.

BACA : Detik Cemas Lelaki Cuba Terjun Tingkat 11, Tertekan Tiada Pekerjaan. 

Advertisement

Namun, kali ini berlaku satu kes yang sama oleh seorang wanita yang cuba untuk terjun dari tingkat 32 sebuah kondominium di Sungai Buloh, Selangor akibat tertekan kerana diberhentikan kerja.

Menerusi laporan Harian Metro, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor bertindak pantas dengan memujuk dan menyelamatkan mangsa daripada melakukan tindakan yang berbahaya itu.

Norazam Khamis selaku Pengarah JBPM Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 7.52 malam, semalam.

“Seramai 19 anggota dengan satu jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) tiba di lokasi dan didapati seorang wanita sedang berada di tepi bangunan tingkat 32 bangunan itu cuba untuk membunuh diri”

Pemasangan tali keselamatan sebagai langkah persiapan daripada pasukan penyelamat untuk menyelamatkan mangsa dan pihak bomba berjaya memujuk wanita berkenaan ke kawasan yang selamat.

Mangsa melakukan tindakan sedemikian dipercayai mengalami masalah peribadi kerana kehilangan pekerjaan dan dihalau dari rumah sewa.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...