December 19th, 2016

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza masih lagi “berbisa” dalam bidang nyanyian apabila berjaya membolot lima buah trofi didalam acara Anugerah Industri Muzik 22 (AIM 22) yang berlangsung malam tadi di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) , Kuala Lumpur.

Siti Nurhaliza menerima anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu, Susunan Muzik Terbaik menerusi lagu Menetap Dalam Mimpi, Album Terbaik , Lagu Nasyid Terbaik dan kategori baharu Anugerah Penyanyi Pilihan Malaysia.

Sementara itu, Yuna dan Datuk Shiela Majid juga masing-masing menerima anugerah khas iaitu Anugerah Kembara dan Anugerah Sri Wirama.

Berikut senarai penuh pemenang AIM 22 :-

Album Terbaik:

Dato’ Siti Nurhaliza Unplugged

Lagu Terbaik:

Sejati – Faizal Tahir

Anugerah Penyanyi Pilihan Malaysia:

Datuk Siti Nurhaliza

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu  (Wanita)

Datuk Siti Nurhaliza – Menatap Dalam Mimpi

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)

Akim Ahmad – Potret

Lagu Pop Terbaik:

Sejati – Faizal Tahir

Lagu Rock Terbaik:

Mata Hati – Azlan & The Type Writer

Anugerah Kembara:

Yuna

Anugerah Sri Wirama:

Datuk Sheila Majid

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu:

Menatap Dalam Mimpi – Datuk Siti Nurhaliza

Rakaman Album Terbaik:

Panic Bird – Froya

Kulit Album Terbaik:

Bahtera – Sekumpulan Orang Gila

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu:

De Fam – #Supergirls

Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu:

Misha Omar & Hafiz Suip – Terimaku Seadanya

Video Muzik Terbaik:

Not For Sale – Stacy

Artis Baru Terbaik:

Syamel

Lagu Hip Hop Terbaik:

Janji – Altimet & Takahara Suiko

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik:

Firefly – Sonaone

Lagu Nasyid Terbaik:

Mikraj Cinta – Datuk Siti Nurhaliza

Lagu Pop Terbaik:

Joget Sulam Sakti – Reena Nicky

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...