Selepas dinobat sebagai Top Top MeleTOP Wanita buat kali kedua berturut-turut, nama penyanyi dan pelakon Siti Nordiana yang juga pemenang anugerah artis verstail di AME2020 kini mula menjadi bualan hangat netizen.
Kemenangannya yang berjaya membolot empat trofi kemenangan semalam khabarnya mula dipertikaikan netizen.
Bahkan, ada juga yang dilihat menzahirkan rasa terkejut apabila beliau berjaya membolot kemenangan untuk kategori Artis Versatil kerana yakin masih wujud ramai lagi yang lebih berbakat daripadanya.
Biarpun ada yang meluahkan rasa bosan kerana melihat artis yang sama sahaja menang, ada juga yang tampil memaklumkan kepada umum bahawa Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana berjaya meraih pelbagai anugerah itu disebabkan beliau mempunyai kelab peminat yang ramai dan kuat.
Untuk rekod, kesemua pemenang di malam kemuncak AME2020 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan itu telah dipilih berdasarkan undian daripada peminat melalui laman web rasmi.

Anonymous
December 22, 2020 at 9:36 am
BODOH NYE….. PANDANG HINA ORG KG… BANGANG PUNYA MANUSIA
Anonymous
December 22, 2020 at 7:21 am
Sudah tertulis rezeki dia
Tipah tetipu
December 21, 2020 at 11:31 pm
Aku pun menyampah tgok skrg ni makin menggedik.pakai pun dh singkat.
Anonymous
December 21, 2020 at 3:45 pm
artis kampungan. peminat pun kampungan. nak tau tak teori sy kenapa dia skarang glamor, tapi dulu x? sbb peminat dia budak2 kampung. time aku study dulu 2000an mmg ramai budak2 dr kg minat dia. so, skrg sbb budak2 yg dulu duk kg tapi skrg dah berjaya jd org bandar (tapi taste masih lagi kg) dia pun diterima skrg… sbb si kg dulu dah jadi org bandar. korg x paham, korg punya pasal!
Kak Long
December 21, 2020 at 8:37 pm
Knapa kata mcm tu. Dah rezeki dia nak menang. Kmpung atau bandar sama je. Jangan pandang hina penyanyi yang berasal dari kg. Awak pun asal kg kan?
Chait
December 22, 2020 at 6:03 am
Ambik cermin dan lihat diri. Bandar sangat ke kau ni? ?????
Anonymous
December 22, 2020 at 8:33 am
Sedarlah kau pun asal kampung.