(BOLLYWOOD)Peminat Kecewa Penampilan Anil Kapoor Dalam MI4: Ghost Protocol

Hiburan

(BOLLYWOOD)Peminat Kecewa Penampilan Anil Kapoor Dalam MI4: Ghost Protocol

Sudah tengok Mission Impossible: Ghost Protocol (MI4)? Kami sudah dan berpendapat ia filem yang sangat bagus, rugi kalau tidak menonton di pawagam. Filem ini membariskan Tom Cruise, Jeremy Renner, Simon Pegg, Paula Patton dan Josh Holloway mendapat rating yang bagus di IMDb dan Rotten Tomatoes.  Bak kata penulis rebiu filem tempatan, That Movie Blogger Fella:

But I can say that Mission: Impossible – Ghost Protocol is the best of them yet, not to mention the best popcorn movie of the year (2011).

Advertisement

Bagaimana pun entri ini lebih kepada melaporkan tentang Anil Kapoor, aktor Bollywood yang turut berlakon dalam filem tersebut. Anil, dikenali peminat kerana sering berlakon bersama Sri Devi satu ketika dulu dan mula dikenali di peringkat antarabangsa selepas lakonannya dalam Slumdog Millionnaire, pada mulanya diberitakan di Bollywood sebagai pemegang watak antagonis utama.

Tapi apabila filem itu ditayangkan, ramai peminat filem India yang kecewa kerana watak Anil cuma berada di skrin selama 3 minit dan peminat menyifatkan kemunculan wataknya seperti seorang ‘badut’. Berikut ialah treler MI4 dengan beberapa saat kemunculan Anil (sekitar 1:03):

Sebenarnya, bagi kami walaupun 3 minit, lakonan Anil sangat berkesan sebagai seorang jutawan India pemilik satelit pelancaran nuklear yang kaki perempuan (accent inggerisnya juga super). Sebaliknya informasi awal yang berlegar tentang Anil memegang ‘watak jahat utama’ itulah yang menyebabkan kekecewaan peminat. Kami difahamkan sejak dari awal, ramai aktor Bollywood yang mencemburui Anil kerana wataknya dalam MI4, makin galak pula memerli beliau kerana penampilannya itu.

Anil bagaimanapun masih belum memberikan sebarang reaksi pada kekecewaan peminatnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

39 Comments

  1. yoursara

    January 6, 2012 at 1:23 pm

    la ko ni phm ke x?pminat bkn xska dia blak0n watak 2 tp dia blak0n kejap je 3minit dan bknlah spt yg d war2kn yakni jd watak jahat utama..ad0iii……

    • sara sari

      January 6, 2012 at 1:38 pm

      hang ni meroyan ke apa yoursara..mst hang ni rply komen mysara kn..

    • mysara

      January 7, 2012 at 1:28 am

      kahkahkah..a’a mesti dia reply kt aku tu..

      Bukan aku x faham, tp eloklah kiranya aku quote balik ayat di atas: “Ramai peminat filem India yang kecewa kerana watak Anil cuma berada di skrin selama 3 minit dan peminat menyifatkan kemunculan wataknya seperti seorang ‘badut’”.

      Skrg siapa yg kurang faham ni? nak condemn org je kejanya heh

  2. yoursara

    January 6, 2012 at 1:17 pm

    la ko ni phm ke x?pminat bkn xska dia blak0n watak 2 tp dia blak0n kejap je 3minit dan bknlah spt yg d war2kn yakni jd watak jahat utama..ad0iii..

  3. sharuz

    January 6, 2012 at 8:03 am

    patut bagi watak tu kat Datuk SRK..

  4. Kakiwayang

    January 5, 2012 at 11:53 pm

    filem ni bagus…i dont see kenape peminat nak frust sangat…biar sikit tapi berkesan….it is much2 better dari penampilan Ito dalam Datin Ghairah…..banyak tapi aduhai…haha…

  5. mysara

    January 5, 2012 at 10:12 pm

    MI4 terbaik la..mmg best! Anil Kapoor jadi miang dlm citer tu..apa masalahnya? ok je tengok, menghiburkan..
    Mungkin peminat dh biasa tgk AK jadi hero yg macho, so bila dia pegang watak humor mcm tu, rasa x best..

Loading...