(BOLLYWOOD)Abshishek Dan Aishwarya Masih Rahsiakan Wajah Anak

(BOLLYWOOD)Abshishek Dan Aishwarya Masih Rahsiakan Wajah Anak

Tak tahu mengapa pasangan ini masih merahsiakan wajah bayi perempuan mereka yang telah lahir lebih sebulan lepas, malah namanya juga masih belum diberi secara rasmi oleh pasangan ini walaupun upacara ‘naik buai’ telah diadakan dengan penuh adat istiadat. Hasilnya, bayi mereka hanya digelar ‘Beti B’ sahaja. Setakat ini, yang pernah melihat wajah bayi Abhishek Bachchan dan Aishwarya Rai hanyalah keluarga terdekat dan selebriti Hollywood, Oprah Winfrey yang baru-baru ini mengunjungi rumah pasangan itu di India secara rahsia.

Beberapa keping gambar palsu anak mereka telah berlegar di Internet, tetapi kini ramai peminat Internet yang dah naik fed-up mula membuat speku ganas yang anak tersebut hodoh dan cacat, kerana menganggap pasangan ini ‘diva tek kena gaya’. Tetapi Oprah telah memberitahu pihak media yang anak mereka sebenarnya ‘amat cantik’. Beti B dikatakan sedang tidur waktu Oprah datang melawatnya.

Tak tahu pula sehingga bila pasangan ini hendak menyorokkan anak mereka ini, mungkin mereka sedang menunggu tawaran bernilai jutaan dari majalah untuk membeli gambar anak mereka seperti yang telah ditawarkan kepada pasangan Brad Pitt dan Angelina Jolie dan Tom Cruise dan Katie Holmes, kot? Abshishek juga sedang mencari nama yang sesuai untuk bayinya yang bermula dengan huruf pangkal ‘A’. Kalau anda ada cadangan, boleh diutarakan pada twitternya.

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...