Bolehkah Daging Korban Diagihkan Pada Orang Bukan Muslim? Ini Penjelasan Mufti

Kehidupan

Bolehkah Daging Korban Diagihkan Pada Orang Bukan Muslim? Ini Penjelasan Mufti

Dalam tempoh empat hari sejak 10 Zulhijjah (Ahad) lalu, mereka yang berkemampuan tidak melepaskan peluang untuk melaksanakan ibadah korban serta mengagihkannya kepada orang ramai.

Beri daging korban pada bukan Muslim

Namun begitu, timbul pula persoalan di mana bolehkah jika daging korban itu diberikan kepada golongan bukan muslim. Menjawab persoalan tersebut, Jakim memuat naik infografik yang memetik sumber daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Advertisement

Bagaimanapun seandainya dalam komuniti masyarakat di sesebuah tempat itu terdapat jiran-jiran bukan Islam dan mereka dikenali dengan sifat baik serta keramahannya terhadap masyarakat Islam, maka dibolehkan untuk diberikan hasil korban tadi kepada mereka sekiranya terdapat lebihan.

 

Namun begitu, jika hasil korban tersebut hanya mencukupi untuk orang Islam, maka perlu dahulukan umat Islam setempat yang lebih memerlukan.

daging korban beri pada non muslim

Daging korban yang telah dimasak

Di samping itu, jika daging korban yang telah dimasak, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor menjelaskan ia dibolehkan untuk dijamu bersama mereka yang bukan Islam.

Jika rakan sekerja bukan Islam itu terkenal dengan sifat baik dan ramahnya dengan masyarakat Islam, maka dibolehkan memberi makan daging itu kepada kafir zimmi yang miskin.

 

Dalam masalah ini, boleh berpegang dengan pandangan ulama dalam Mazhab Syafie seperti Imam An-Nawawi Rahimahullah yang berpandangan sedemikian.

agihkan daging korban

Malah, pendapat tersebut juga sebenarnya merupakan pandangan sebahagian ulama dalam Mazhab Hanafi, apatah lagi menurut Mazhab Hanbali, harus dihadiahkan kepada orang kafir, katanya.

termakan daging babi
7 months ago

Tular Kes Termakan Daging Babi, Ini Penjelasan Mufti - “Jika Makan Tanpa Diketahui Maka Dia Tak Dianggap Berdosa...”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...