Boleh Terus Minum Air Dari Paip Di Malaysia?

Trending

Boleh Terus Minum Air Dari Paip Di Malaysia?

Tentu anda selalu menonton filem Hollywood dan terfikir bagaimana mereka boleh terus minum air yang ditadah dari paip? Bersih ke air yang diminum tu, tak sakit perut ke minum air yang tidak dimasak?

Anda tak perlu terkejut kerana ada beberapa negara yang mempunyai kualiti airnya sangat bersih dan tip top. Sebab itu mereka tanpa was-was boleh terus minum air dari paip. Alangkah bagusnya kalau anda juga boleh buat benda yang sama di Malaysia.

Advertisement

Semalam, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A Xavier Jayakumar, mengeluarkan kenyataan bahawa air paip di Malaysia juga selamat untuk terus diminum.

Dia berkata kualiti air paip di Malaysia ketika ini yang melalui proses saringan dan pembersihan di loji tapisan, selamat diminum secara terus.

“Memang air yang dikeluarkan dari paip boleh diminum di seluruh Malaysia, tak ada masalah. Kalau ada masalah, itu masalah tempatan, bukan loji.”

 

Air yang keluar dari loji seluruh Malaysia 100 peratus boleh diminum dan Dr Jayakumar juga menjawab soalan daripada  Datuk Seri Ismail Said di Dewan Rakyat yang dia sememangnya minum terus air dari paip.

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sedang menggubal Dasar Air Negara bagi menyediakan kerangka perancangan dan pelan tindakan air negara yang holistik.

Jayakumar berkata ia merentasi pelbagai sektor bagi menangani segala isu dan kelemahan mekanisme sedia ada serta melakar tindakan sewajarnya bagi memastikan keselamatan dan kemampanan air negara terjamin.

Untuk pengetahuan anda, secara dasarnya, proses rawatan air di Malaysia selalu dipantau dan mengikut piawaian kualiti air  yang ditetapkan oleh pihak antarabangsa.

Kenapa air perlu dirawat?

  1. Untuk menghilangkan pencemaran
  2. Membunuh semua organisma yang membawa penyakit
  3. Membuang bau, warna dan rasa yang tidak enak
  4. Menghapuskan gas terlarut yang menyebabkan air tidak segar.
  5. Mengurangkan karat pada sumber air.
  6. Supaya sesuai untuk tujuan domestik

Tetapi pernah tak anda terminum atau sengaja minum air paip? Mana tahu anda pernah cuba masa kecil dulu kalau nak ponteng puasa kan.

Kalau anda pernah minum, apa rasa air paip tu? Tak sedap? Pelik?

Ya, sememangnya air terus dari paip akan terasa pelik dan sebab itulah kita tidak terus minum tetapi masak dahulu air yang ditadah atau rata-rata orang di Malaysia akan memilih untuk memasang penapis air untuk sumber air minum yang lebih bersih.

Kenapa air paip berbau dan rasa pelik?

Seperti yang diberitahu oleh menteri, masalah yang menyebabkan perkara ini ialah faktor-faktor lain bukan masalah kualiti air di negara kita.

Antara faktornya ialah paip. Paip berkarat, air yang berkumpul dan tidak mengalir seperti dalam tangki air, pasir dan lumut.

Sedihnya, air yang disalurkan ke rumah kita dari loji air sememangnya bersih tapi telah dicemari oleh paip yang kotor, lama dan berkarat.  Sebab itulah kita tak dapat air yang betul-betul tulen di paip kita.

Jadi terpulanglah kepada anda sama ada nak minum terus air dari paip atau tidak. Kalau anda yakin yang paip anda bersih apa salahnya kan.

Sumber: Berita Harian & WordPress

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...