Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Boleh Tanya Soal Anak Tetapi Biarlah Dengan Cara Yang Elok – Siti Saleha

Rasanya macam baru sahaja kita menyambut bulan Ramadhan bukan? Tiba-tiba minggu depan kita sudah pun hendak menyambut Hari Raya Aildilfitri pula, memang seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai dan berjumpa dengan saudara-mara.

Advertisement

Tapi seperti biasa, pasti ada antara kita yang kurang selesa dengan sesetengah saudara kita yang seperti “mak cik bawang”, pendek kata semua benda mereka hendak ambil tahu, antara soalan popular mereka pastinya berkaitan bila hendak kahwin dan bagi pasangan baru berkahwin, bila pula hendak dapat anak.

Mungkin ada yang rimas dengan soalan tentang cahaya mata, tetapi buat pelakon Siti Saleha beliau boleh lagi menerima perkara itu asalkan pertanyaan itu dilakukan dengan cara yang elok serta sopan.

Saya rasa normal orang nak tanya tentang anak. Saya tidak anggap ia perkara sensitif kerana saya dan suami tidak merancang pun.  Saya faham mereka juga nak tahu. Tapi kena ada cara nak tanya tentang itu.

Sudah tentu kami mahukan anak. Saya akan minta mereka yang bertanya tentang anak itu mendoakan kami kerana rezeki itu bukan kami yang tentukan.

Advertisement

Pastinya setiap pasangan yang sudah berkahwin mempunyai hasrat untuk menimang cahaya mata. Namun, semuanya bergantung kepada soal rezeki juga. Bak kata Siti Saleha, tidak salah untuk bertanya asalkan kena pada caranya, jangan sampai sakitkan hati orang lain pula ye.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

14 Comments

  1. KingKoKoNek

    June 11, 2018 at 8:53 am

    Hrmmmmm…. kalau skadar tanya jaa takpa. ni aku kalau balik kampung, siap makcik bawang besar, makcik bawang kecik, makcik bawang merah, makcik bawang putih siap pegang perut lagi tanya dah ada isi belum. Ya Rabbi…!!!!

  2. pokcik bawang

    June 8, 2018 at 12:52 pm

    hemmm x nk komen pnjg2.
    tgk style dia ni tahu jenis yg merancang utk ada ank, tangguh sampai tiba mase yg dia suka..tak gitu.
    ct tu pun dolu merancang mula 2-3 thn xnak ade anak, skali tuhan bagi menunggu lame bertahun2 baru dpt skg (cite dr k.ipar dia dulu).
    #rezeki jgn disekat

  3. Anonymous

    June 8, 2018 at 9:27 am

    inshallah.. kita doa yg baik2 utk kita semua..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top