Rasanya macam baru sahaja kita menyambut bulan Ramadhan bukan? Tiba-tiba minggu depan kita sudah pun hendak menyambut Hari Raya Aildilfitri pula, memang seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai dan berjumpa dengan saudara-mara.
Tapi seperti biasa, pasti ada antara kita yang kurang selesa dengan sesetengah saudara kita yang seperti “mak cik bawang”, pendek kata semua benda mereka hendak ambil tahu, antara soalan popular mereka pastinya berkaitan bila hendak kahwin dan bagi pasangan baru berkahwin, bila pula hendak dapat anak.
Mungkin ada yang rimas dengan soalan tentang cahaya mata, tetapi buat pelakon Siti Saleha beliau boleh lagi menerima perkara itu asalkan pertanyaan itu dilakukan dengan cara yang elok serta sopan.
Saya rasa normal orang nak tanya tentang anak. Saya tidak anggap ia perkara sensitif kerana saya dan suami tidak merancang pun. Saya faham mereka juga nak tahu. Tapi kena ada cara nak tanya tentang itu.
Sudah tentu kami mahukan anak. Saya akan minta mereka yang bertanya tentang anak itu mendoakan kami kerana rezeki itu bukan kami yang tentukan.
Pastinya setiap pasangan yang sudah berkahwin mempunyai hasrat untuk menimang cahaya mata. Namun, semuanya bergantung kepada soal rezeki juga. Bak kata Siti Saleha, tidak salah untuk bertanya asalkan kena pada caranya, jangan sampai sakitkan hati orang lain pula ye.