“Boleh Tanya Dia Kenapa Saya Keluar..” – Shuib Enggan Dedah Sebab Keluar ‘Sepahtu Reunion’. Kenapa Tu?

Hiburan

“Boleh Tanya Dia Kenapa Saya Keluar..” – Shuib Enggan Dedah Sebab Keluar ‘Sepahtu Reunion’. Kenapa Tu?

Sebelum ini, pelawak Rahim menjelaskan bahawa tiada timbul isu bermasam muka dengan pelawak dan penyamai radio, Shuib walaupun kini mereka tidak lagi bersama dalam program Sepahtu Reunion.

Malah, Rahim turut memaklumkan yang mana pihaknya terbuka sekiranya Shuib ingin menjayakan program itu atau sebarang kerjasama pada masa akan datang.

Advertisement

Susulan itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang isu ini kerana takut melukan hati mana-mana pihak.

Kena tanya Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima, boleh tanya dia kenapa saya keluar Sepahtu Reunion.

Sebab yang dulu pernah bagi jawapan pihak pengurusan tertinggi, yang lain semua dalam tu kawan-kawan.

Menurut Shuib, isu ini lebih baik jika Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima iaitu Norzeha Mohd Salleh atau JR sendiri yang menjawabnya.

Kami semua baik. Saya tak nak cakap lebih mengenai ini sebab takut nanti melukakan hati ramai pihak.

Dalam pada itu, Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima, Norzeha Mohd Salleh berkata, pihaknya sudah pernah memujuk dan menawarkan untuk Shuib kembali bersama dalam program itu.

Tetapi komitmen dan fokus utama Shuib kini adalah pada perniagaan, maka kami menghormati keputusan itu.

Bagaimanapun, Norzeha memaklumkan pihak mereka sentiasa terbuka dan berbesar hati untuk Shuib kembali bekerjasama dalam Sepahtu Reunion.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bilal foto muka anak neelofa
2 years ago

(FOTO) “Gebu Gebas” - Individu Sebar Wajah Bilal Di Tiktok, Ambil Gambar ‘Curi’ Ketika Di Kaunter Kerajaan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...