Hantaran aktres tinggi lampai, Mimi Lana di laman sosial Threads meraih perhatian ramai dan menyentuh hati ramai apabila dia meminta netizen mendoakannya.
Tolong doakan dapat anak kembar
Menerusi hantaran itu, isteri kepada aktor Syafiq Kyle itu bertanya jika orang ramai boleh mendoakannya diberikan rezeki zuriat kembar.
Boleh tak nak minta semua orang doakan saya dapat bayi kembar. Orang cakap kalau ramai doakan senang termakbul.
View on Threads
Peminat doakan
Ramai netizen mendoakan agar impian Mimi memiliki anak kembar termakbul suatu hari nanti selain turut berharap urusannya dan Syafiq Kyle dipermudah.
Ada juga individu yang memberikan tips untuk hamil anak kembar dan ada wanita yang menulis komen meminta agar netizen mendoakannya juga kerana masih menanti rezeki zuriat.