Sebagai seseorang yang berpengalaman melahirkan anak secara pembedahan atau ‘czer’, penyanyi serta pelakon, Ayda Jebat berkongsikan tips buat wanita yang melalui perkara yang sama.
Tiada pantang larang untuk wanita ‘czer’
Menurut Ayda, 33, doktor yang merawatnya ketika dia melahirkan anak secara czer berkata tiada pantang larang dalam makanan yang perlu diikuti olehnya.
Boleh saja makan apa-apa selagi tak gatal. Dia cakap semua boleh makan, kalau orang cakap tak boleh makan ayam, tak boleh makan kicap, sebenarnya boleh saja makan. Bagus makan ayam, protein.
@ajmuahciked @Ayda Jebat share tips czer cepat sembuh menurut nasihat yang doktor berikan. Live AydaJebat #AydaJebat #Czer #Care #Baby #fypviralシ #fyp ♬ A Day in My Life – Raya
Jangan ambil pati ikan haruan!
Dalam pada masa yang sama, Ayda turut memaklumkan doktornya hanya tidak membenarkan dia untuk tidak mengambil pati ikan haruan kerana makanan itu kurang elok untuk jahitan dalaman.
Ada yang kata pati ikan haruan itu kononnya cepat sembuhkan luka. Tapi belah dalam kan jahit, nanti boleh melekat-lekat, jadi tak cantik. Jadi, tak baik untuk wanita yang czer.
Sekadar info, Ayda Jebat telah pun mendirikan rumah tangga bersama pengacara, Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.