“Boleh Pula Bezakan Pangkat”, Masjid Di Indonesia ‘Booking’ Saf Khas Untuk Golongan Menteri

Trending

“Boleh Pula Bezakan Pangkat”, Masjid Di Indonesia ‘Booking’ Saf Khas Untuk Golongan Menteri

Zaman sekarang ini, bukan sahaja restoran yang boleh ditempah lebih awal tetapi masjid pun boleh dibuat benda yang sama. Sebuah masjid di Indonesia memberikan layanan ‘istimewa’ kepada golongan VVIP sampaikan mendatangkan kemarahan netizen di sana.

Sebuah masjid di Indonesia siap ‘booking’ saf khas untuk golongan menteri yang akan solat di sana. Siap letakkan tanda lagi pada saf tu!

Advertisement

Tak pasal-pasal, jemaah yang lain terpaksa solat di saf yang lain kerana tempat yang sudah siap di ‘booking’ itu. Belum pernah lagi dibuat orang, golongan VVIP disediakan saf khas macam ini. Sampaikan jemaah yang tiba lebih awal terpaksa solat di saf belakang.

“Di mata Allah semuanya sama sahaja.”

“Malu nak mengaku jadi orang Indonesia”

“Patutnya datang lah masjid awal, bukan main cop macam ni.”

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan pihak masjid yang membenarkan perkara ini berlaku. Sepatutnya, keutamaan diberikan kepada mereka yang tiba lebih awal untuk solat di saf hadapan.

Artikel berkaitan: “Hadiah Kemenangan”, Penyokong Indonesia Rosakkan 44 Buah Kerusi Stadium

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...