Boleh Pilih Tempoh Bayaran Balik 12 Bulan, TikTok Malaysia Perkenalkan TikTok PayLater

Teknologi

Boleh Pilih Tempoh Bayaran Balik 12 Bulan, TikTok Malaysia Perkenalkan TikTok PayLater

Sebelum ini, platform TikTok sedia menawarkan perkhidmatan BNPL Atome, di mana pengguna boleh membayar secara ansuran.

TikTok Malaysia perkenalkan TikTok PayLater

Terbaru, TikTok Malaysia telah memperkenalkan perkhidmatan TikTok PayLater secara berperingkat buat pengguna di Malaysia dan difahamkan, khidmat tersebut telah pun diaktifkan sejak 18 Oktober 2024 buat pengguna di negara ini.

Advertisement

Untuk info ramai, TikTok PayLater merupakan pilihan pembayaran ansuran yang memberi akses sehingga RM10,000 dan pengguna juga boleh memilih pembayaran balik dalam tempoh 12 bulan.

tiktok paylater

Setengah pengguna di Malaysia telah pun menerima pilihan untuk memohon akses TikTok PayLater ini yang seterusnya perlu memberi informasi seperti pekerjaan dan pendapatan bulanan. Kemudiannya, TikTok akan menentukan nilai kredit yang akan ditawarkan untuk TikTok PayLater.

Tak nyatakan perkhidmatan patuh syariah

Sewaktu melakukan pembayaran menggunakan TikTok PayLater, ia turut memaparkan nilai bayaran bulanan serta kos yuran tambahan yang disertakan bersama.

tiktokSumber : Getty Images  

Tiada caj akan dikenakan untuk sesiapa yang membayar kemudian secara penuh dalam tempoh sebulan tetapi ada caj buat yang membayar secara ansuran dan pihak TikTok tidak menyatakan perkhidmatan patuh syariah atau sebaliknya.

wanita hutang
6 days ago

"Aset Tak Ada, Credit Card RM15K" - 'Circle' Semua Golongan M40, Wanita Gaji RM2400 Akui Berhutang Ratusan Ribu Ringgit

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Amanz

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...