Penantian kini berakhir, HUAWEI akhirnya buat comeback dengan siri WATCH FIT 4! Jam pintar ini pastinya dinanti-nantikan sebab dengar cerita ada banyak ciri baru yang menarik. Betul ke?
Kalau anda nak tahu apakah antara ciri-ciri yang ditawarkan pada siri HUAWEI WATCH FIT 4 ini, jom kami kongsikan.
Tampak Lebih Elegan, Siri HUAWEI WATCH FIT 4 Beri Aura Mewah Kepada Si Pemakai
Macam biasa, terdapat dua jenis jam pintar pada siri kali ini iaitu HUAWEI WATCH FIT 4 Pro dan HUAWEI WATCH FIT 4, di mana masing-masing mempunyai kelebihan dan ciri tersendiri.
Tapi, sebelum itu, kami nak tunjukkan dulu betapa lawanya rekaan jam pintar terbaru HUAWEI ini!
Untuk HUAWEI WATCH FIT 4 Pro, ia direka Ultra Slim dan Ultra Reliable, dengan berat sebanyak 30.4g dan senipis 9.3mm, membuatkan ia selesa untuk dipakai selalu.
Lagi best, jam pintar ini juga diperbuat dengan bahan mewah Ultra Durable seperti Sapphire Glass Watch Face, Titanium Alloy Bezel dan Aviation-grade Aluminum Alloy body tau! Fuhh, kalau anda pakai HUAWEI WATCH FIT 4 Pro ni, memang auto nampak ada class!
Selain itu, ia juga menawarkan paparan yang sangat jelas dengan 1.82 inci AMOLED, paparan paling terang dalam jam pintar HUAWEI pada 3000 nits. Jadi, tak ada masalah silau kalau anda pakai di tempat yang terang.
Tersedia dengan 3 jenis warna, iaitu Black Fluoroelastomer, Blue Fluoroelastomer dan Green 3D Woven Nylon, HUAWEI WATCH FIT 4 Pro pastinya akan memberikan aura mewah kepada anda!
Manakala, kalau anda nak tampak muda remaja, mungkin rekaan HUAWEI WATCH FIT 4 adalah pilihan yang tepat!
HUAWEI WATCH FIT 4 ini direka lebih ringan berbanding WATCH FIT 4 Pro dengan berat sebanyak 27g dengan kenipisan 9.5mm, memberikan keselesaan yang optimum.
Bukan itu saja, ia direka dengan paparan 1.82 inci AMOLED, pada 2000 nits, menjanjikan paparan yang cukup jelas, tak kira di mana saja anda berada.
Terdapat 4 pilihan warna iaitu Black Fluoroelastomer, Purple Fluoroelastomer, White Fluoroelastomer, dan Grey 3D Woven Nylon, di mana ia akan menyerlahkan lagi aura jiwa muda anda tau!
Bateri Tahan Lebih Lama, Tanpa Perlu Kerap Cas
Selain rekaan yang sleek dan elegan, siri HUAWEI WATCH FIT 4 ini juga menawarkan jangka hayat bateri yang berpanjangan tau. Spoiler alert, ia boleh bertahan 7 hingga 10 hari tanpa cas! Seriuslah?!
Untuk WATCH FIT 4 Pro, ia hanya perlu dicas selama 60 minit sehingga penuh, manakala WATCH FIT 4 pula, ia memerlukan masa hanya 75 minit untuk pengecasan penuh. Kira baguslah anda hanya perlu cas seminggu sekali saja betul tak?
Paling penting, jam pintar siri HUAWEI WATCH FIT 4 ini boleh digunakan pada peranti iOS dan Android. Senanglah kalau macam ni, tak perlu tukar peranti pun!
Tak Perlu Imbas Guna Telefon, Hulur Saja Jam Pintar Untuk Bayar
Siapa yang selalu bayar guna QR Touch’nGo tu, lepas ni urusan pembayaran akan jadi lebih mudah dengan hanya imbas menggunakan jam pintar daripada siri HUAWEI WATCH FIT 4.
Kalau anda nak tahu, HUAWEI merupakan jenama pertama di Malaysia yang menyokong pembayaran QR Touch’nGo menerusi jam pintar tau. Bagusnya!
Aktiviti Kecergasan Lebih Menyeronokkan Dengan Siri HUAWEI WATCH FIT 4!
Salah satu sebab kenapa kita menggunakan jam pintar adalah untuk kita keep on track dengan aktiviti kecergasan yang dilakukan. Namun, tak semua jam pintar menawarkan mod kecergasan yang pelbagai untuk kita cuba betul tak?
Jangan risau, dengan siri HUAWEI Watch Fit 4, anda boleh cuba lebih daripada 100 jenis mod kecergasan, siap ada GPS yang menyeronokkan lagi!
Kalau anda nak tahu, siri HUAWEI WATCH FIT 4 ini mempunyai Dual-band GPS dengan Sunflower Positioning System yang dipertingkatkan sebanyak 30% berbanding WATCH FIT 3, yang dipadankan dengan peta luar talian warna penuh hingga merangkumi seluruh dunia.
Selain itu, kalau anda meminati sukan air, rugi sangat kalau anda tak menggunakan jam pintar siri HUAWEI WATCH FIT 4 ini sebab ia menyediakan laluan penjejakan sukan air yang pertama tau!
Ia meliputi tujuh jenis sukan air utama yang menawarkan metrik seperti kelajuan, jarak, dan kadar denyutan jantung khusus untuk aktiviti seperti luncur air, pelayaran, mendayung, dan banyak lagi.
Manakala, untuk HUAWEI WATCH FIT 4 Pro pula, ia mempunyai beberapa mod baru yang akan membuatkan anda lebih seronok untuk melakukan aktiviti kecergasan seperti larian denai, selam bebas sehingga 40m dan bermain golf!
Untuk larian denai, ia mempunyai mod Dual-band GPS dengan Sunflower Positioning System untuk penjejakan lokasi yang lebih tepat, serta mempunyai peta luar talian dan peta kontur bagi navigasi tanpa sambungan internet, yang menunjukkan bentuk muka bumi. Bestnya!
Selain itu, terdapat juga fungsi lain termasuk navigasi berdasarkan segmen, amaran tersasar laluan kalau anda terkeluar daripada trek, dan ramalan prestasi untuk menganggarkan pencapaian larian anda.
Bagi peminat sukan air, mod selam bebas yang baru ditambah ini akan membenarkan anda menggunakan jam pintar sehingga kedalaman 40 meter tau! Seriuslah?!
Ia juga menyediakan paparan data senaman yang terperinci, termasuk kedalaman semasa, masa menyelam, kedalaman maksimum yang dicapai, suhu air, arah, jumlah masa di bawah air, dan fungsi jam randik untuk mengukur aktiviti. Fuhh, bonus point untuk penyelam di luar sana!
Siapa yang suka main golf, percaya cakap kami yang anda mesti akan suka dengan HUAWEI WATCH FIT 4 Pro ni sebab banyak ciri dan mod yang sangat berguna!
Antaranya, ia mempunyai peta padang golf seluruh dunia, yang boleh diakses melalui aplikasi HUAWEI Health, lengkap dengan peta padang golf yang terperinci.
Bukan itu saja, ia juga akan menyediakan maklumat tentang arah dan cerun green, selain bantuan daripada AI Caddie yang menawarkan cadangan pintar untuk pukulan yang lebih baik dan strategik. Kalau macam ni, lagi senanglah kalau nak main golf nanti betul tak?
Pantau Status Kesihatan Hanya Menggunakan Jam Pintar
Tak cukup dengan pelbagai pilihan menarik untuk aktiviti kecergasan serta ciri menarik yang menyokong mod tersebut, jam pintar siri HUAWEI WATCH FIT 4 ini juga menyediakan pelbagai mod dan ciri kesihatan yang sangat berguna tau!
Antaranya, ia dapat memantau pelbagai aspek kesihatan seperti kadar denyutan jantung, oksigen dalam darah (SpO2), tahap stres, paten tidur, pernafasan semasa tidur dan kesejahteraan emosi anda. Wow, bagus kan?
Kalau anda nak tahu, siri ini merupakan siri pertama yang dilengkapi dengan kesejahteraan emosi, yang juga lengkap dengan paparan muka depan jam tangan berbentuk animasi haiwan peliharaan kucing yang sangat comel.
Anda juga boleh dapatkan ringkasan data kesihatan melalui Health Insights, yang lengkap dengan laporan analisis, cadangan dan amaran jika anda mempunyai masalah kesihatan.
Psst, anda boleh menikmati keahlian HUAWEI Health+ secara PERCUMA selama 3 bulan dengan pembelian siri HUAWEI WATCH FIT 4 ni tau!
Apa yang best dengan keahlian ini adalah ia mempunyai lebih 200 kandungan premium kesihatan seperti kursus pakar dan meditas, serta ia menawarkan pelan pintar untuk kurangkan berat badan, tingkatkan kualiti tidur dan uruskan diet. Terbaiklah!
Untuk HUAWEI WATCH FIT 4 Pro pula, ia dilengkapi dengan fungsi Analisis ECG (Elektorkardiogram), di mana ia boleh buat bacaan ECG dalam 30 saat dan menyediakan laporan yang menunjukan irama jantung dan kesan masalah seperti fibrilasi atrium.
Jadi, ciri ini memang sangat membantu untuk anda yang aktif bersukan, dalam masa terkesan dengan tekanan gaya hidup moden seperti latihan intensiti tinggi, stres, kurang tidur, dan tabiat makan tidak teratur.
Kawal Podcast & Balas WhatsApp Hanya Pada Pergelangan Tangan
Sebenarnya, ada banyak lagi ciri-ciri menarik yang ada pada siri HUAWEI WATCH FIT 4 ni tau, antaranya seperti:
– kad akses NFC
– panggilan bluetooth
– papan kekunci untuk balas mesej daripada WhatsApp
– kalendar
– penggera
– aplikasi SYOK
Kalau anda nak tahu, jam pintar ini menyokong aplikasi penstriman radio Malaysia, SYOK, di mana anda boleh mengawal muzik dan podcast terus daripada jam pintar, tanpa perlu memegang telefon tau! Mudahkan?
Selain itu, aplikasi Waktu Solat Malaysia juga akan dilancarkan pada Jun 2025 untuk siri HUAWEI WATCH FIT 4, menjadikan HUAWEI jenama pertama di Malaysia yang menawarkan aplikasi ini pada jam pintar. Baguslah kalau macam tu!
Pengguna iOS juga boleh menyambungkan siri HUAWEI WATCH FIT 4 dengan aplikasi Waktu Solat Malaysia, untuk menerima notifikasi waktu solat, ayat-ayat al-Quran, dan mencari arah kiblat terus dari jam pintar mereka, bagi memudahkan anda untuk beribadah.
Namun, untuk pengguna iOS, ciri ini akan tersedia pada satu tarikh yang akan ditetapkan.
Tingkatkan Gaya Hidup Yang Lebih Berkualiti Dengan Siri HUAWEI WATCH FIT 4!
Tak dinafikan, untuk comeback jam pintar HUAWEI kali ini, memang banyak sangat ciri-ciri menarik yang pastinya akan membantu meningkatkan lagi gaya hidup anda.
Dah lah ada banyak mod kecergasan yang menarik, ada ciri yang bantu memudahkan anda buat aktiviti kecergasan, siap boleh pantau tahap kesihatan semasa lagi! Siapa saja yang tak nak semua kelebihan ini betul tak?
Tengah mencari jam pintar yang bergaya dan sesuai untuk kegunaan harian? HUAWEI WATCH FIT 4 adalah pilihan terbaik, dengan rekaan moden dan ciri berprestasi tinggi, serta skrin besar dan nipis, bateri tahan lama, ada bayaran QR, dan boleh disuai dengan iOS & Android.
Manakala, kalau anda tengah mencari jam tangan pintar dengan ciri sukan hebat, HUAWEI WATCH FIT 4 Pro adalah pilihan tepat! Ia mempunyai fungsi ECG dan mod sukan canggih seperti golf, selam bebas, dan larian denai.
Jadi, kalau anda memang pengguna jam pintar, kami memang sarankan anda untuk dapatkan siri HUAWEI WATCH FIT 4 ini, sebab bagi kami, rugi sangat kalau anda melepaskan semua ciri-ciri dan kelebihan yang ada pada jam pintar ini.
Anda boleh dapatkan siri HUAWEI WATCH FIT 4 ini bermula pada harga RM599 sahaja tau! Dapatkan sekarang dan nikmati PERCUMA HUAWEI Scale 3 dan 3 bulan keahlian Health+.
Anda boleh beli siri HUAWEI WATCH FIT 4 di HUAWEI Store Online, Shopee, Lazada, dan TikTok.
Maklumat lanjut, layari laman web rasmi HUAWEI atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.