“Boleh Nampak Dia Kusut..” – Rumah Tangga Dilanda Masalah, Fikiran Syamsul Yusof Terganggu Di Set Penggambaran

Hiburan

“Boleh Nampak Dia Kusut..” – Rumah Tangga Dilanda Masalah, Fikiran Syamsul Yusof Terganggu Di Set Penggambaran

Biarpun kelihatan tenang di media sosial, rupa-rupanya menurut penerbit eksekutif Razor Edge Pictures, Datuk Saniboey Mohd. Ismail kemelut rumah tangga yang sedang dihadapi oleh pengarah serta pelakon, Syamsul Yusof sedikit sebanyak menganggu fikirannya di lokasi penggambaran.

Walaupun Syamsul tidak pernah berkongsikan hal peribadi kemana-mana pihak, tetapi Saniboey dapat menghidu suami kepada pelakon Puteri Sarah itu sedang dalam dilema dan kusut atas segala yang sedang berlaku di luar set.

Advertisement

Tambahannya lagi, Syamsul enggan diganggu buat masa ini kerana mahu fokus dalam pembikinan filem The Original Gangster.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Dalam pada itu, pengarah berusia 39 tahun itu masih mempunyai banyak baki pengambaran yang perlu diselesaikan olehnya.

Bahkan Saniboey mengakui progres di set penggambaran juga sedikit terganggu disebabkan kontroversi rumah tangga dengan isteri, Puteri Sarah, namun masih dalam keadaan terkawal.

Saya kagumi dirinya. Dalam pada dilanda masalah, dia tetap profesional dan cuba siapkan kerja dengan sehabis baik.

Sekadar info, filem The Original Gangster merupakan filem pertama arahan Syamsul Yusof di bawah syarikatnya sendiri iaitu Syamsul Yusof Films Sdn. Bhd.

Filem terbabit turut dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Beto Kusyairi, Hairul Azreen, Shaheizy Sam dan Soffi Jikan.

Syamsul yusof dan puteri sarah
1 year ago

"Mentang-Mentang Ada Bini Baru.." - 'Upload' Di IG Macam Biasa, Netizen Dakwa Syamsul Yusof Tak Kisah Bercerai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...