Awal hari ini, Ebit Lew memaklumkan dia telah membuat laporan polis sebaik sahaja tiba dari Jeddah susulan fitnah yang dilempakan ke atasnya.
Terbaru, penyanyi Caprice meneruso hantaran di Instagram meminta pendakwah bebas itu untuk menghantar surat saman dengan segera kepadanya.
Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, berkata ia bagi membolehkan pihak Mondy untuk membalas saman Ebit bersama-sama dengan bukti.
Salam Ebit Lew, kalau boleh cepat sikit hantar saman tu.
Menerusi hantaran tersebut, Caprice menunjukkan pendedahan Mondy yang mendakwa dia tidak pernah diajar mengaji serta solat seperti yang dihebahkan oleh Ebit.
Malah, wanita dari Indonesia itu juga berkata dia tidak pernah bertemu dengan isteri Ebit Lew
View this post on Instagram