“Boleh Mati Anak Saya!” – Pesakit Tunggu 12 Jam Untuk Dirawat, Doktor Tampil Beri Penjelasan

Kehidupan

“Boleh Mati Anak Saya!” – Pesakit Tunggu 12 Jam Untuk Dirawat, Doktor Tampil Beri Penjelasan

Tular di media sosial Twitter baru-baru ini mengenai satu hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Shazwan Sazali yang merupakan seorang doktor telah mendedahkan situasi sebenar di sebuah hospital.

Menerusi hantaran tersebut, Shazwan telah menceritakan keadaan terkini di kecemasan Hospital Tunku Azizah atau Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur.

Advertisement

Menurut Shazwan, sejak akhir-akhir ini mereka menerima lonjakan jumlah pesakit di hospital berkenaan sehingga pesakit terpaksa menunggu selama 12 jam untuk dirawat.

Ni kalau tunggu lama lagi boleh mati anak saya ni!

Jelasnya, hanya 5 orang staf yang dibenarkan menerima penempatan di hospital berkenaan bagi menjaga keseluruhan tingkat untuk 3 shift satu hari.

Tidak berpuas hati, dia turut bertanyakan kepada pakar perunding jabatan tentang mengapa hanya 5 orang staf yang ditempatkan di hospital berkenaan.

Kata beliau, banyak usaha dah untuk tambah jumlah staf, tapi sampai sekarang tiada kabar berita.

hospital

Disebabkan kekurangan staf, waktu menunggu boleh mencecah 12 jam namun pihaknya tidak dapat berbuat apa-apa kerana ianya di luar batas kemampuan mereka.

Puan, encik, saya faham tapi saya tak mampu buat apa, kalau boleh, kami alukan puan dan encik isi SISPAA supaya KKM Putrajaya tahu akan hakikat ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

5 bulan lalu

Sadis! Remaja Pukul Ibu Sendiri Guna Batu Hingga Mati, Dipercayai Alami Gangguan Mental

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. Antu Antuma

    July 1, 2022 at 3:27 pm

    hehehe…sy doakan puan/cik anna tidak mengalami situasi terpaksa menunggu selama 12 jam walau dimana-mana tempat, private mahupun kerajaan. sekian terima kasih hahahaha…

  2. Anonymous

    June 27, 2022 at 2:12 pm

    sistem hospital dr dulu smpi skrng lembab. smpi skrngla jawapan nye sama, staff kurang. kami ni nak salahkan siapa? doktor? nurse? dirong sndri mkn gaji. pegi mana2 sama je la kt public hospitla malaysia ni. nih, aku tukar ke privtae hospital, bila lmbt pun, sme je jawapana, nurse kurang. woi kerajaan, korang tido kee?? apa keje korang nk baiki sistem hospital ni?? dr zaman dulu la, aku tgk bnda yang paling penting ni, xde pulak korang titik beratkan. yang korang tahu, asal ada event, “Mari kita bina stadium baru”, “Mari kita import bangla”. Aku nk suruh je Sultan emmerintah skrng lagi bagus. Dari ramai2 pemimpin, banyak punya kepala, xde skit pun yang membantu rakyat.

    • ANNA

      June 28, 2022 at 9:22 am

      KAU TAK BOLEH SALAHKAN DORANG SEBAB TAK CUKUP STAFF. KALAU KAU NAK CEPAT KAU PERGI SWASTA LA. KORBAN SIKIT DUIT. SERVIS TIP TOP DARIPADA KAU MELOLONG KOMPLEN KENA TUNGGU 12 JAM. KALAU SWASTA, JANGAN KATA 12 JAM, 12 SAAT NAMA KAU DAH KENA PANGGIL DAH. CARIK KLINIK SWASTA YANG BEROPERASI 24 JAM.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...