‘Less is more’, ungkapan ini selalu menjadi pegangan untuk menggambarkan sesuatu yang ringkas boleh memberikan impak yang lebih tanpa perlu terlalu mencuba. Begitu juga kalau bercakap tentang penjagaan kulit dan mekap, pakar menyarankan untuk tidak menggunakan bedak asas dan penutup cela bagi meminimumkan geseran dan kelembapan di bawah mask. Ini kerana boleh mengakibatkan pembentukan jerawat akibat memakai mask atau maskne. Tapi tahu tak, korang boleh nampak cantik tanpa perlu pakai bedak asas ataupun penyamar cela?
Paling penting, wajah nampak segar berseri tanpa secalit mekap tapi masih kekal terlindung dari pancaran matahari berbahaya. Menarik kan? Apa yang korang perlukan dalam rutin penjagaan kulit wajah sekarang adalah beauty sunscreen! Itulah rahsia kulit kekal cantik bermaya namun bebas dari solekan.
Nasib baik ada Sunplay Skin Aqua Tone Up UV iaitu Beauty Sunscreen yang sangat hit di Jepun! Sebabnya, ia bertindak sebagai sunscreen dan masa yang sama memberikan wajah sihat berseri tanpa perlu mekap! Kalau korang kulit kusam hingga nampak pucat, Sunplay Skin Aqua Tone Up UV boleh bantu mendapatkan kulit wajah kelihatan glowing dan flawless walaupun ketika memakai mask.
Pilih Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Happiness Aura yang mempunyai warna merah jambu bunga ros untuk efek berseri secara semulajadi, sesuai untuk kulit kusam dan pucat. Bukan warna je bunga rose, ia juga mempunyai haruman sama untuk melegakan stres dan menenangkan minda dan badan.
Selain tu, sunscreen ini juga mempunyai serbuk mutiara bagi menjadikan wajah cerah berseri dan dalam masa sama menyembunyikan cela. Terus nampak flawless tanpa perlu banyak produk. Senang kan? 2 dalam 1!
Macam mana banyak sangat manfaat sunscreen Sunplay Skin Aqua Tone Up UV ni? Haa, ini sebabnya ianya diformulasikan dengan bahan yang menghidrasikan kulit seperti Hyaluronic Acid, Vitamin C dan Pure Nuance Complex yang diekstrak dari buah markisa, prune dan chestnut rose.
Selain Happiness Aura, varian Skin Aqua Tone Up UV ini juga didatangkan dengan 2 lagi varian iaitu Lavender dan Mint Green. Lavender dirumus khas untuk kulit kusam dan tidak sekata. Warna lavendernya boleh menyerikan kulit kusam korang yang tidak sekata dapat disembunyikan tanpa perlu bermekap tebal. Yang penting, kulit kekal terlindung dengan SPF 50+!
Korang kulit kemerah-merahan dan cenderung berjerawat? Skin Aqua Tone Up UV Mint Green dicipta khas untuk korang! Warna hijau pudina dapat berfungsi sebagai color corrector yang sesuai untuk kulit berjerawat/kemerahan dan dalam masa sama memberikan kesan pencerahan dan sedia untuk selfie bila-bila masa!
Dengan tekstur ringan, tidak melekit dan cepat diserap, Sunplay Skin Aqua Tone Up UV adalah jawapan untuk korang yang masih tercari-cari pelindung suria sehari-hari. Lebih-lebih lagi di musim pandemik ketika ini, pergi mana-mana pun kena pakai mask.
Selain memakai sunscreen yang sesuai seperti Sunplay Skin Aqua Tone Up UV ni, untuk mendapatkan kulit glowing, bahan skincare dipakai wajib ada bahan pencerah seperti Vitamin C. Vitamin C kaya dengan antioksidan dan mempunyai molekul untuk mengalakkan penghasilan kolagen serta sel kulit baru.
Alpha Hidroxy Acid (AHA) juga penting kerana menyingkirkan sel kulit mata untuk memberi laluan kepada kulit yang sihat dan anjal. Kulit yang sihat, anjal dan glowing tak akan tercapai kalau tidak dihidrasi secukupnya. Untuk itu, gunakan Hyaluronic Acid dalam rutin skincare yang akan menggantikan kelembapan yang hilang setiap hari.
Dapatkan Skin Aqua Tone Up UV Happiness Aura di Watsons untuk perlindungan dari sinar suria berbahaya dan efek kulit berseri tanpa mekap. Paling penting, boleh ucapkan selamat tinggal jerawat!