Rasanya semua sudah sedia maklum mengenai hubungan cinta yang terjalin antara pelawak Shuib Sepahtu bersama usahawan wanita bernama Watie Hanifiah.
Baru-baru ini, pasangan itu dilihat berpakaian sedondon ketika menghadiri konsert 25 Years Lah Ahmad Live in Concert yang berlangsung di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Art Centre (PJPAC).
Teruja dengan konsert tersebut, wanita itu juga dilihat berkongsi video suasana ketika acara berlangsung di mana turut kelihatan Shuib yang berada di sebelahnya.
Namun begitu, hubungan cinta antara pasangan ini nampaknya disambut negatif oleh sesetengah netizen yang mempertikaikan ‘kesesuaian’ Watie untuk bergelar isteri kepada Shuib dan juga ibu kepada anak-anak pelawak itu.
Menjengah ke ruangan komen, masih ada komen-komen negatif yang ditinggalkan netizen berkenaan perhubungan antara mereka berdua.
Malah, ada yang mempersoalkan kemampuan Watie untuk bergelar ‘ibu segera’ kepada anak-anak Shuib.
Sedondon pun sedondon juga tapi boleh ke nak jadi mak kepada anak-anak Shuib tu?
Lebih suka Wan Sharmila dengan Shuib.
Namun di sebalik reaksi-reaksi tidak positif itu, ramai juga yang mendoakan agar Shuib dan Watie segera kahwin dan ada yang menegur sikap netizen yang sesuka hati menentukan perjalanan hidup orang lain.
Terdahulu, Shuib menafikan bahawa dia bakal mendirikan rumah tangga bersama wanita itu pada Mac ini.
Tambahnya lagi, dia juga tidak akan membelakangkan pandangan ahli keluarganya dalam membuat sebarang keputusan.