Boleh Ke Ammar Nazhan Dikenakan Tindakan Bila Balik Malaysia? Ini Penjelasan Peguam – “PDRM Boleh Siasat Kalau…”

Trending

Boleh Ke Ammar Nazhan Dikenakan Tindakan Bila Balik Malaysia? Ini Penjelasan Peguam – “PDRM Boleh Siasat Kalau…”

Peguam, Muhammad Aidil Akmal Sharidan menjelaskan bahawa Youtuber Ammar Nazhan dan kumpulannya masih boleh disiasat di Malaysia meskipun kes memalsukan kehilangan rakannya itu berlaku di negara jiran.

Menurutnya, kumpulan terbabit boleh disiasat sekiranya ada pihak yang membuat laporan ke atas kandungan yang dimuat naik oleh mereka di media sosial.

Advertisement

Buat masa sekarang, masih belum ada sebarang pertuduhan yang dikenakan di Mahkamah Indonesia. Sama ada mereka boleh dikenakan tindakan selepas balik ke Malaysia atau tidak, hal itu bergantung jika terdapat laporan le atas kandungan yang dimuat naik oleh mereka.

 

Apabila ada laporan, maka Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan membuat siasatan terlebih dahulu.

permohonan maaf Ammar Nazhan

Siasatan yang lengkap kemudian akan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk menentukan sama ada terdapat kes yang kukuh terhadap mereka dan sama ada mereka yang memuat naik kandungan itu boleh dituduh di mahkamah atau tidak.

Selain itu, Aidil juga berkata kandungan yang dimuat naik oleh Ammar Nazhan juga boleh dilaporkan kepada penyedia platform media sosial atau syarikat aplikasi itu sendiri.

Dalam undang-undang Malaysia, sesiapa sahaja boleh membuat laporan polis namun laporan tersebut mestilah berasas.

Tambahnya, laporan polis boleh dibuat terhadap kumpulan personaliti media sosial berkenaan dan mereka berkemungkinan akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

peguam Muhammad Aidil Akmal Sharidan

Eyka hilang dalam hutan di Bandung

 

Semua content creator harus waspada

Katanya, seksyen itu melibatkan seseorang yang menggunakan apa-apa kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian aplikasi secara sedar membuat, mewujudkan atau meminta-minta dan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati, menganiaya, mengugut atau mengganggu orang lain.

Tertuduh yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Ammar Nazhan & geng

Aidil turut menasihati semua pencipta kandungan untuk sentiasa berwaspada dalam menghasilkan kandungan di media sosial dan pastikan kandungan dibuat mematuhi segala peraturan yang disediakan setiap platform aplikasi dan tidak bercanggah dengan undang-undang Malaysia.

19 hours ago

"Jangan Keterlaluan..." - Tipu Polis Indonesia Demi 'Content', Menteri Komunikasi Tegur Ammar Nazhan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...