“Boleh Jadi Trauma Kekal” – Ini Sebab Kenapa Ibu Bapa Tak Digalakkan Bawa Anak Lakukan Aktiviti Ekstrem

Kehidupan

“Boleh Jadi Trauma Kekal” – Ini Sebab Kenapa Ibu Bapa Tak Digalakkan Bawa Anak Lakukan Aktiviti Ekstrem

Sebelum ini, tular di rata-rata media sosial mengenai rakaman video memaparkan seorang wanita yang mendukung anaknya sewaktu melakukan aktiviti ekstrem ‘flying fox‘.

Menerusi video tersebut, wanita itu dilihat memegang tali di sebelah tangan dan sebelah lagi memegang anaknya telah mengundang rasa ‘ngeri’ pengguna media sosial.

Advertisement

Belum habis isu itu, tular pula mengenai video memaparkan dua orang anak kecil yang melakukan ‘flying fox’ tanpa ditemani oleh ibu bapa mereka.

Menrusi video tersebut, seorang kanak-kanak lelaki dilihat mendukung adik perempuannya sewaktu melakukan permainan ekstrem itu tanpa penjagaan orang dewasa.

Susulan itu, Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak Kuala Lumpur iaitu Jameyah Sheriff tampil mengulas isu mengenai segelintir ibu bapa yang cenderung membawa anak kecil bersama dalam aktiviti lasak.

1. Aspek Keselamatan Kanak-Kanak

Menurut Jameyah, tiada halangan untuk ibu bapa membawa bersama anak untuk melakukan aktiviti ekstrem, namun aspek keselamatan perlu diberi keutamaan.

Selain pemakaian alat keselamatan, ketinggian permainan perlu pada paras kanak-kanak dan ada orang dewasa yang mengiringi mereka

Jelasnya, aspek ketinggian itu amat penting bagi memudahkan kanak-kanak tersebut diselamatkan oleh orang dewasa sekiranya berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.

2. Emosi Kanak-Kanak

Pakar Industri Negara dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak itu berkata, perkara lain yang perlu diberi perhatian sebelum membawa anak ketika melakukan aktiviti ekstrem adalah emosi kanak-kanak.

Bukan semua kanak-kanak tahu dan berani suarakan ketakutan mereka, jadi ibu bapa yang perlu peka.

Menurutnya, ibu bapa sendiri perlu memahami emosi anak-anak mereka berdasarkan pemerhatian sebelum membawa melakukan aktiviti ekstrem atau apa jua sukan lasak.

3. Meninggalkan Kesan Trauma

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir ibu bapa yang mungkin cuba memupuk sikap berani dalam diri anak mereka, namun tidak menjaga emosi kanak-kanak sehingga menganggap mereka ‘mengada-ngada’ jika enggan melakukannya.

Tahap keberanian setiap kanak-kanak berbeza, ada yang berani, ada yang takut. Boleh jadi trauma itu kekal sampai bila-bila.

Jelasnya lagi, aktiviti lasak berkenaan dikhuatiri memberi kesan trauma jangka masa panjang dan mengundang rasa takut kepada ketinggian dalam kalangan kanak-kanak.

Lebih membimbangkan, kanak-kanak tersebut sebaliknya menjadi terlalu berani untuk mencuba aktiviti lebih ekstrem tanpa pengawasan orang dewasa.

4. Usia Kanak-Kanak

Dalam pada itu, Jemeyah berkata selagi aktiviti ekstrem itu mengutamakan ciri keselamatan, terpulang kepada ibu bapa untuk membawa anak mereka melakukannya bersama.

Seawal usia tujuh atau lapan tahun sudah boleh.

Namun, apa yang penting ialah aktiviti lasak itu lengkap dengan ciri-ciri keselamatan seperti tali pinggang dan topi keledar.

5. Boleh Didakwa Dibawah Akta Kanak-Kanak 2001

Bukan itu sahaja, pengendalian aktiviti lasak juga perlu mengikut spesifikasi ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ini kerana ibu bapa terbabit boleh didakwa kerana kecuaian mereka mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

wanita bawa bayi naik flying fox
2 years ago

"Safety Kelaut" - Wanita Dukung Anak Sambil Naik 'Flying Fox' Undang Kecaman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...