Viral di media sosial Facebook mengenai satu hantaran oleh seorang pegawai perubatan swasta dikenali sebagai Dr. Ahmad Samhan yang berkongsi detik cemas di zon merah sebuah hospital.
Menerusi hantaran tersebut, seorang bayi telah dimasukkan ke zon merah selepas keadaan badannya lemah longlai dan tidak bernafas gara-gara ibunya memberikan air campuran madu.
Menurutnya, bayi itu terpaksa dimasukkan tiub pernafasan melalui kerongkong dan disambung dengan mesin bantuan pernafasan.
Bila ditanya, rupanya ibu tersilap berikan air campuran madu setelah anaknya mengalami batuk beberapa hari. Ini silap!
Jelas Samhan, madu sememangnya terdapat banyak khasiat dan digunakan dalam rawatan alternatif untuk merawat pelbagai penyakit. Apatah lagi, madu juga disebutkan dalam al-Quran sebagai makanan ahli syurga dan penyembuh penyakit.
Namun, madu adalah berbahaya untuk bayi kerana berkemungkinan mengandungi spora Clostridium Botulinum yang boleh menyebabkan keracunan dipanggil Botulism.
Jika bayi menelan spora Clostridium botulinum, ia akan berkembang di dalam usus mereka dan akan menghasilkan toksin.
Toksin ini yang akan melemahkan otot dan mengganggu sistem pernafasan bayi manakala, gejala biasanya muncul dalam masa 12 hingga 36 jam.
Menurut American Academy of Pediatrics (AAP) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), madu tidak boleh ditambah kepada makanan, air atau formula diberikan kepada bayi berusia kurang dari 12 bulan.
Orang dewasa tidak terjejas kerana usus orang dewasa telah matang dan asid dihasilkan di usus mampu untuk melawan toksin yang terhasil.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.