Baru-baru ini, kecoh di aplikasi Threads apabila seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas menerima sampul raya percuma daripada sebuah kedai jus.
Biasanya, sampul raya akan tertera ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri’, sama ada di bahagian depan atau belakang. Tapi kali ini, jenama tersebut cuba buat kelainan dengan mengolah ucapan tersebut.
Ucapan Hari Raya kurang sesuai
Dalam gambar yang dimuat naik, sampul raya itu tertulis ‘Selamat Hari Raya Aidil-Juicy’, jelas diubah daripada ‘Aidilfitri’ untuk disesuaikan dengan jenama mereka.
Wanita itu berpendapat bahawa Aidilfitri adalah perayaan penting bagi umat Islam dan merasakan ubah suai ucapan seperti ini kurang sesuai serta tidak menghormati maksud sebenar perayaan.
Boleh tak kita jangan normalisasikan ucapan Hari Raya macam ni? Saya dapat sampul ni dari kedai jus popular yang tertulis ‘Selamat Hari Raya Aidil-Juicy’. Seriously?
Tak boleh ke tulis dengan betul? Sekarang ni Hari Raya Aidilfitri. Peristiwa penting bagi umat Islam, menandakan sambutan selepas sebulan berpuasa dan melakukan ibadah sepanjang Ramadan.
Lukisan pada sampul tidak bersesuaian
Malah, dia juga menganggap seni lukisan pada sampul itu juga tidak bersesuaian.
Lukisan apa ni? Boleh jadi kreatif tapi sila berhati-hati. Ingat Hari Raya ni festival ‘hu-ha’ ke? Orang bukan Muslim pun boleh berbaju Melayu/Kurung/kebaya masa Raya. Hormat!
View on Threads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh wanita tersebut dan ada juga yang menganggap tagline yang digunakan agak janggal.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.